Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
213) Pemasangan Lampu Solar LED
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat daripada kecurian dan vandalisme perabot-perabot jalan?
Berikut adalah jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat daripada kecurian dan vandalisme perabot-perabot jalan mengikut PBT :
Nota : Sumber data daripada PBT
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menukar semua lampu-lampu jalan yang bermasalah (kecurian / vandalisme) kepada lampu solar LED?
Kerajaan Negeri melalui PBT sedang mengkaji untuk menggunakan lampu jalan jenis berkuasa solar pada masa akan datang sekiranya kos pembelian barangan set lampu solar tersebut berpatutan dengan kemampuan kewangan PBT masing-masing. Lampu tersebut boleh digunakan untuk tempoh yang lama serta tahan cuaca memandangkan lampu solar ini menggunakan bateri dan perlu ditukar 2-3 tahun sekali serta lux yang agak rendah iaitu jumlah cahaya yang mencapai permukaan 1 meter.