Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
380) PEMASANGAN LAMPU SOLAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria utama dan lokasi yang dipilih untuk pemasangan lampu solar?
Kriteria pemilihan lokasi untuk pemasangan lampu Solar LED :-
- Tiada punca bekalan kuasa TNB
- Kawasan vandalisma (tinggi kadar kecurian)
- Kawasan kerap kemalangan (jalan gelap)
- Simpang terpencil (jauh dari bekalan kuasa TNB)
- Jambatan
- Di luar kawasan talian rentis TNB (jarak 30m)
- Digalakkan pada laluan yang diwartakan untuk menerima duit senggaraan tahunan (persekutuan / marris / PBT
-
Berapakah pemasangan yang telah dibuat di DUN Sementa sejak 2020 hingga terkini?
Bagi DUN N43 Sementa, pemasangan lampu Solar LED di bawah Program ini adalah sebanyak 10 tiang sepertimana diperuntukkan yang siap dipasang pada Julai 2023. Berikut dilampirkan Jadual Lokasi Pemasangan di DUN N43 Sementa :-