Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
106) PEMASANGAN LAMPU JALAN DI SEMENYIH-BERANANG
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah memasang lampu jalan di sepanjang jalan besar lekas hingga jalan enam kaki Beranang termasuk dalam bajet dan perancangan PBN untuk memajukan negeri Selangor
Pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan besar dari persimpangan LEKAS
hingga ke Simpang Jalan Enam Kaki Beranang akan dilaksanakan sejajar
dengan program menaiktaraf jalan tersebut.PBN melalui JKR Selangor telah mengemukakan rancangan untuk menaiktaraf
keseluruhan jalan tersebut di bawah Kajian Semula Separuh Penggal (Mid-term
Review) Rancangan Malaysia ke 9. Perlaksanaannya adalah bergantung kepada
keutamaan perancangan Kerajaan Persekutuan. -
Adakah peruntukan disediakan oleh PBN untuk memasang lampu jalan di lorong-Iorong kampung dan taman-taman yang bertujuan untuk mengelakkan kadar jenayah yang tinggi di Semenyih?
Tidak berkaitan dengan pihak JKR. la adalah di bawah bidang kuasa Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah.Proiek Lampu Jalan Kampung
Untuk makluman Y.B ADUN Semenyih. pemasangan lampu jalan di lorong-lorong kampung pada masa lepas adalah di bawah Program Lampu Jalan
Kampung (LJK) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW).Bagi kawasan DUN Semenyih, bilangan lampu yang telah dipasang mengikut
tahun dan kampung adalah seperti berikut :-Tahun : 2005
Bilangan Lampu : 217
Bilangan Kampung : 50Tahun : 2006
Bilangan Lampu : 80
Bilangan Kampung : 50Tahun : 2007
Bilangan Lampu : 230
Bilangan Kampung : 50