Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

88) PEMASANGAN CCTV DI KAWASAN PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan pemasangan CCTV di kawasan PBT ?

    Untuk makluman pemasangan CCTV di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah
    melantik perunding iaitu GTC Global Sdn. Bhd bagi penyediaan CCTV di kawasan PBT.
    Sebanyak 414 buah CCTV akan dipasang di 11 PBT kecuali di MPAJ memandangkan
    pihak MPAJ telah mempunyai sistem CCTV sedia ada. Buat masa ini proses
    perundingan bagi memperhalusi terma dan syarat kontrak sedang dilaksanakan demi
    memastikan kepentingan Kerajaan Negeri dan juga masyarakat awam adalah
    terpelihara. Pihak syarikat perlu memenuhi segala spesifikasi yang telah ditetapkan dan
    menunjukkan prestasi yang optimum sepanjang tempoh projek.

  2. Berapa jumlah kewangan telah diluluskan untuk tujuan ini ?

    Sebanyak RM 5.86 juta setahun telah diperuntukkan dan diluluskan oleh Kerajaan
    Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk sewaan secara kontrak selama
    20 tahun kepada pihak perunding bagi pemasangan CCTV di PBT Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.