Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
106) PEMASANGAN CCTV DI KAWASAN HOTSPOT JENAYAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan tempatan dapat memasang CCTV di kawasan 'Hotspot' jenayah?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Penggunaan CCTV ini didapati berkesan dalam menangani kejadian jenayah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dengan fungsi PBT itu sendiri, penggunaan CCTV yang turut menyokong inisiatif bandar selamat dapat meningkatkan kawal selia perbandaran seperti kawalan ke atas pembuangan sampah haram, halangan lalu lintas dan penguatkuasaan.
Dengan adanya CCTV yang ditempatkan di lokasi terpilih atau hotspot oleh PBT dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tugas pemantauan dan rondaan ini sebahagiannya dapat dipermudahkan melalui sistem pemantauan CCTV melalui bilik-bilik kawalan PBT dan PDRM.
Pemasangan CCTV baharu adalah bergantung kepada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pihak Kerajaan Negeri melalui PBT akan mengkaji keperluan dan cadangan dari pihak Ibu Pejabat Polis Daerah di kawasan hotspot jenayah dan lokasi kadar kemalangan tinggi.
Berikut adalah taburan CCTV sedia ada di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor di bawah milikan Kerajaan Negeri, KPKT dan PBT. Menjelang tahun 2025, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 2,000 CCTV dipasang di kawasan hotspot PBT.
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak.