Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
246) PEMANTAUAN SKIMSEL & MIKROKREDIT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penghuraian Exco mengenai keberkesanan pelaksanaan SKIMSEL/mikrokredit dari Januari hingga Disember 2014
Keberkesanan pelaksanaan SKIMSEL/Mikrokredit dari Januari hingga Disember 2014 diukur melalui jumlah peserta, jumlah pembiayaan dan bayar balik peserta seperti berikut:
Perkara 2013 2014 KUMULATIF Jumlah Peserta 1,865 2,322 11,163 Jumlah Pembiayaan 24,928,550.00 27,114,650.00 94,204,650.00 % Kadar Bayar Balik 97% 98% 98% -
Apakah kaedah pemantauan yang dilakukan bagi memastikan agensi yang dilantik menjalankan tugas dengan efisien dan berkesan?
Kaedah pemantauan yang dilakukan bagi memastikan agensi yang dilantik menjalankan tugas dengan efisien dan berkesan adalah melalui sistem penyeliaan berperingkat seperti berikut :
- Peringkat Kerajaan Negeri :
Kerajaan Negeri memantau prestasi keseluruhan perjalanan program SKIMSEL melalui Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YDAQAHS yang diadakan pada setiap bulan.
- Peringkat Pengurusan SKIMSEL:
Pengurusan SKIMSEL memantau prestasi pembayaran balik semua peminjam melalui peringkat 3 peringkat iaitu:
- Mesyuarat Pengurusan SKIMSEL pada setiap
- Mesyuarat Tindakan Cawangan pada setiap
- Mesyuarat Nadi pada setiap
- Pengurusan Risiko Bayaran Balik
Pengurusan SKIMSEL juga telah menubuhkan Jawatankuasa TaskForce Tunggakan dibeberapa peringkat pentadbiran seperti berikut:
- Jawatankuasa TaskForce Tunggakan peringkat Pengurusan- mesyuarat pada setiap
- Jawatankuasa TaskForce Tunggakan peringkat Cawangan – mesyuarat pada setiap
- Jawatankuasa TaskForce Tunggakan PeringkatNadi (Sadiq) – bila
Antara tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah:
- Bertanggungjawab menganalisa, merancang, mengawal, memantau dan mengawalselia
- Bertanggungjawab menambahbaikkan program-program pencegahan tunggakan untuk dilaksanakan oleh blok dan
- Merancang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan tunggakan.
- Mengenalpasti permasalahan dan halangan oleh sadiq yang membawa kepada masalah
- Memantau aktiviti TaskForce Tunggakan di peringkat blok dan cawangan.
- Memastikan semua cawangan bebas
- Penangguhan Bayaran Balik dan Penjadualan
Sekiranya peserta-peserta mempunyai masalah dengan bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan antara tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) adalah menangguhkan pembayaran balik sadiq mengikut tempoh yang bersesuaian. Antara sebab penangguhan yang diluluskan adalah bersalin, projek bermasalah, sakit, masuk wad, kemalangan, ilat kekal. Tempoh maksimum penangguhan yang diluluskan adalah selama 6 bulan sahaja.
Disamping itu, sekiranya peserta mengalami masalah dengan jumlah bayaran balik yang telah ditetapkan, penjadualan semula tempoh bayaran balik akan dilaksanakan berdasarkan kemampuan bayaran balik baru peserta tersebut.