Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

67) PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN DI LERENG-LERENG BUKIT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan hartanah yang melibatkan perumahan dan komersil dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) dan Majlis Perbandaran Selayang ( MPS ) banyak melibatkan pembangunan di lereng-Iereng bukit dan cerun yang sering kali mengancam keselamatan penduduk dan orang awam serta mencemarkan alam sekitar. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Institut Kerja raya Malaysia ( IKRAM ) untuk kerja-kerja pemantauan tapak bina dalam Negeri Selangor?

    Status cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Institut Kerja raya Malaysia (IKRAM) untuk kerja-kerja pemantauan tapak bina dalam Negeri Selangor telah dibincangkan dan sebulat suara melantik IKRAM Sdn. Bhd. sebagai juru runding geo-teknikal bagi Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Negeri Selangor. la dibuktikan dengan :-

    1. Merujuk kepada cabutan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
      Selangor Darul Ehsan (MMKN) yang diadakan pada 7 Jun 2006
      mengambil langkah proaktif dengan melantik Kumpulan IKRAM Sdn.
      Bhd. Sebagai Perunding Geoteknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan
      (PBT) di Negeri Selangor. Pelantikan ini berdasarkan kepada
      pengalaman dan kepakaran Kumpulan IKRAM dalam mengendalikan
      kes-kes pembangunan tanah tinggi dan cerun yang mana dalam bidang
      geoteknikal amat berkurangnyakepakaran di kalanganpegawai PBT.
    2. Merujuk kepada cabutan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
      Selangor Darul Ehsan (MMKN) yang diadakan pada 2 April 2008
      MMKke 6/2008:-i) Kumpulan IKRAM akan menjalankan kerja-kerja pengauditan
      secara rambang terhadap pembangunan tersebut
      dan melaporkannya kepada Kerajaan Negeri.
      ii) Kumpulan IKRAM diminta supaya mendapatkan laporan
      pembinaan bagi setiap 2 minggu daripada semua pemaju atau
      konsultan bagi projek tersebut. Selain itu, IKRAM juga diminta
      supaya mendakan”random surprise” audit projek-projektersebut

      Oleh yang demikian, satu perjanjian bagi kerja-kerja perunding antara
      PBT dengan Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd. akan di tandatangani dalam
      masa terdekat.

  2. Apakah jaminan IKRAM untuk memindahkan teknologi dan kepakaran kejuruteraan kepada jurutera-jurutera dan golongan teknikal di semua Pihak BerkuasaTempatan ( PBT) dalam tempoh perjanjian ini supaya Kerajaan Negeri tidak terlalu bergantung kepada IKRAM di masa yang akan datang?

    Pihak IKRAM akan bertanggungjawab memastikan menyedia saluran latihan kepada pegawai-pegawai teknikal PST/kerajaan secara langsung (formal) atau tidak langsung(tidak formal) selagi ianya praktis untuk dilaksanakan di dalam berkongsi kemahiran teknikal, pengetahuan dan kepakaran di dalam bidang-bidang berkaitan dengan perkhidmatan IKRAM kepada Kerajaan Negeri. Ini turut terkandung di dalam cadangan dokumen perjanjian IKRAM bagi projek pemantauan projek pembangunan di tanah tinggi dan lereng bukit di Negeri Selangor Darul Ehsan.

    Bidang-bidang kepakaran adalah merangkumi aspek-aspek geoteknikal di
    kawasan tanah tinggi SEMASA pembinaan sesebuah tapak pembangunan
    sedang dilaksanakan.

    Terdapat dua (2) bentuk peringkat iaitu latihan berbentuk formal dan tidak
    formal akan diberikan oleh pihak IKRAM kepada pegawai-pegawai teknikal PBT supaya mereka mendapat pendedahan dan kemahiran sepenuhnya di dalam pengetahuan aspek-aspek kejuruteraan geoteknikal semasa di dalam tempoh perkhidmatan pihak IKRAM.

    Bagi peringkat perlaksanaan latihan secara tidak formal;
    Semasa aktiviti pemantauan yang dijalankan oleh pihak IKRAM, pasukan
    pemantauan secara bersama (‘joint monitoring’) terdiri daripada pegawai
    dari IKRAM dan pegawai teknikal PST akan dibentuk, oleh itu pihak IKRAM
    melalui pegawai-pegawaiterlatih akan mendedahkan latihan secara praktikal
    di tapak kepada pegawai-pegawai teknikal PBT yang ikut serta ketika pemantauan tersebut. Secara tidak langsung, segala aspek penekanan
    berkenaan dengan aspek-aspek geoteknikal di tapak, aspek-aspek
    kepatuhan amalan kejuruteraan dan spesifikasi dan sebagainya akan
    dilatih secara praktikal. Proses pemantauan ini pula akan dijalankan secara
    berkala selama di dalam tempoh perkhidmatan pihak IKRAM.

    Manakala bagi peringkat perlaksanaanlatihan secara formal; Pihak IKRAM melalui pegawai terlatih/jurutera profesional akan menjalankan kursus/seminar/bengkel kepada pegawai-pegawai teknikal PST berkaitan
    dengan geoteknikal dengan penekanan teknikal diberikan untuk cerun,
    tembok penahan dan sebagainya mengikut amalan kejuruteraan. Tempoh
    kursus/seminar/bengkel akan dijalankan secara berkala selama di dalam tempoh perkhidmatan pihak IKRAMbergantung kepada persetujuan pihak
    Kerajaan Negeri.

    Langkah-Iangkah ini bertujuan menjadikan pegawai-pegawai teknikal PST
    lebih terlatih dan tidak lagi bergantung kepada pihak IKRAM pada masa
    akan datang selepas tamat tempoh perjanjian perkhidmatan IKRAM kepada
    Kerajaan Negeri.

  3. Kajian dan cadangan yang dikemukakan oleh IKRAM sering kali gagal diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan kerana implikasi kewangan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan segera yang dicadangkan oleh IKRAM khususnya dalam keadaan kecemasan dan bencana yang berlaku secara mengejut

    Kerajaan Negeri akan membantu PST dengan menyalurkan peruntukan
    Kerajaan Negeri ataupun mendapatkan bantuan Agensi Kerajaan Persekutuan
    seperti Jabatan Kerja Raya bagi menyelesaikankejadian kecemasan atau

Lampiran

Tiada Lampiran.