Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

9) PEMANTAUAN PROJEK OLEH PBT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kaedah yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkausa Tempatan (PBT) untuk memantau kerja-kerja kontraktor dalam pelbagai bidang supaya mereka sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan? Apakah agensiagensi yang terlibat dengan perkara ini?

    Kaedah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memantau kerja-kerja kontraktor  terbahagi kepada dua situasi/kaedah iaitu:

    Pemantauan Projek-Projek PBT

    • Projek-projek milik PBT dipantau sendiri oleh Jabatan-Jabatan yang telah ditugaskan bermula dari projek berkenaan diiklankan untuk tawaran tender sehingga projek tersebut siap sepenuhnya dibina di tapak.
    • Kontraktor yang dilantik di bawah Perunding dikehendaki melaporkan perkembangan status projek masing-masing untuk makluman pihak Pengurusan Majlis di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur & Bangunan yang bersidang sebulan sekali.
    • Bagi projek-projek yang mempunyai masalah kelewatan dalam penyiapan, Pengurus Projek akan mengambil tindakan mematuhi prosedur Majlis dengan mengeluarkan surat-surat peringatan, amaran, memanggil kontraktor yang bermasalah untuk perbincangan dan penamatan sekiranya ia diputuskan di dalam mana-mana Mesyuarat yang berkaitan.

    Pemantauan Projek-Projek di dalam kawasan Pentadbiran PBT

    • Semua projek-projek yang dibina di dalam kawasan pentadbiran PBT adalah tertakluk di bawah peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam :
    • Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171)
    • Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)
    • Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
    • Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2007 (Akta A1286)
    • Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS)
    • Majlis melakukan pemantauan terhadap projek pembinaan yang melanggar mana-mana syarat dan peraturan yang terkandung di dalam Akta atau Undang-Undang dengan mengeluarkan Notis-Notis Amaran kepada Pemaju dan Kontraktor mengikut kesalahan yang dilakukan di tapak.
    • Kompaun juga akan dikeluarkan sekiranya kesalahan berulang.

    Dalam melaksanakan pemantauan ini, fungsi-fungsi jabatan-jabatan PBT adalah seperti Jadual 1 di bawah:

    Bil Jabatan / Agensi Jenis Pemantauan
          i. Jabatan Bangunan Memastikan pembinaan di tapak mematuhi pelan lulus dan bangunan serta binaan sementara diselenggara dengan baik
        ii. Jabatan Kejuruteraan Memastikan Penyiapan Infrastruktur
       iii. Jabatan Kesihatan Persekitaran Memastikan kawasan tapak pembinaan dan kediaman pekerja diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kawasan menjadi tempat pe

    mbiakan nyamuk Aedes

       iv. CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) Memastikan keselamatan di tapak.

    Nota: Nama Jabatan mungkin berbeza mengikut PBT

    Jadual 1 : Fungsi jabatan-jabatan di PBT

  2. Sejauh mana PBT telah mengambil tindakan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak mematuhi peraturan apabila Kelulusan Merancang dikeluarkan seperti yang telah menyebabkan banjir kilat dan sebagainya?

  3. Nyatakan bilangan kontraktor yang telah dikenakan denda atau Òstop work orderÓ mengikut PBT

    Jumlah bilangan kontraktor yang telah dikenakan denda atau “stop work order” adalah sebanyak 676 dan pecahan mengikut PBT adalah seperti di Jadual 2:

    PBT Bilangan kontraktor yang telah dikenakan denda atau “stop work order
    MBSA 452
    MBPJ Tiada mengemukakan maklumbalas
    MPK 39
    MPAJ 84
    MPSJ 37
    MPS Tiada
    MPKj Tiada mengemukakan maklumbalas
    MPSp 8
    MDKL 17
    MDHS 26
    MDKS 4
    MDSB 9
    JUMLAH 676

    Jadual 2 : Bilangan kontraktor yang telah dikenakan denda atau “stop work order

Lampiran

Tiada Lampiran.