Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
67) PEMANTAUAN PEMBANGUNAN RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah mekanisme LPHS untuk memantau pembangunan rumah kos rendah agar ia dibina menurut tempoh yang telah ditetapkan?
Untuk makluman Yang Berhormat, LPHS telah mengenal pasti sebanyak 48,645 unit Rumah Kos Rendah yang belum dibina secara keseluruhannya di Negeri Selangor sejak tahun 1990-an sehingga kini. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, LPHS telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu jawatankuasa ‘task force’ yang dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Rumah Kos Rendah / Rumah Kos Sederhana Rendah / Rumah Kos Sederhana yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 35 / 2013 bertarikh 13 November 2013. Keahlian Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
Pengerusi : Pengarah Eksekutif LPHS
Ahli –Ahli : 1) Wakil Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)
- Wakil Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD)
- Wakil Pejabat EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
- Wakil Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan
6) Wakil Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan Urusetia : Bahagian Pembangunan LPHS
Selain bertindak sebagai Jawatankuasa Pemantauan, ia juga bertindak sebagai ‘one stop agency’ bagi membantu pemaju dalam menyelesaikan isu-isu berkenaan pembangunan rumah harga kawalan, pemudahcara kepada permohonan kelulusan di peringkat PBT dan memberi syor untuk meminda kepada syarat Rumah Selangorku (bagi pemaju yang masih belum membangunkan rumah-rumah harga kawalan).
Bagi memastikan pemaju-pemaju membina Rumah-Rumah Selangorku termasuk Rumah Selangorku Jenis A (Rumah Kos Rendah) sebagaimana yang telah ditetapkan, LPHS telah menetapkan kaedah kawalan seperti berikut:
- Rumah Selangorku perlu dibina terlebih dahulu atau bersekali dengan pembangunan jenis lain dan PBT tidak dibenarkan meluluskan Kebenaran Merancang (KM) bagi fasa lain / kos bebas selagi sekurang-kurangnya sebahagian daripada Rumah Selangorku tidak
- Pembinaan Rumah Selangorku diletakkan di Fasa Awal Pembangunan
- Memasukkan syarat nyata tanah sebagai ‘Rumah Selangorku’ di dalam suratan hak milik
- Pemaju disyaratkan untuk membina Rumah Selangorku dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kelulusan MMKN dan Kebenaran Merancang oleh PBT dan sekiranya pemaju gagal memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 2 tahun daripada kelulusan tersebut ianya akan tarik
- Denda sebanyak 10% dari harga jualan rumah (harga jualan pada Perjanjian Jual Beli) sekiranya pemaju gagal mendapatkan senarai nama pembeli daripada LPHS
-
Mohon disenaraikan kawasan-kawasan pembinaan rumah kos rendah yang sedang dalam pembinaan dan yang akan dibina serta tarikh-tarikh siapnya.