Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
365) PEMANTAUAN LORI – LORI TANAH DI JALAN RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah - langkah yang boleh dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap lori - lori tanah yang laju dan tidak mengikut peraturan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan jiwa berulang kali di Jalan Dengkil - Banting dan Dengkil - BBST?
- Pasukan Operasi JPJ Negeri Selangor dari Stesen Penguatkuasa Banting sentiasa menjalankan penguatkuasan terhadap lori-lori tanah yang menggunakan jalan Dengkil – Banting dan Banting ke Bandar Baru Salak Tinggi.
- Penguatkuasaan harian dijalankan secara rondaan dan statik di lokasi tersebut.
- Selain daripada itu, Unit Operasi dari JPJ Negeri Selangor juga sentiasa menjalankan rondaan di kawasan tersebut dengan kekerapan 2 kali seminggu.
- Kenderaan yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan saman. Statistik saman adalah seperti di lampiran A.