Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
203) PEMANTAUAN KONTRAKTOR PEMBENTUNGAN DI KAJANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan peraturan kerja-kerja Pembentungan Kajang 2 yang dilaksanakan di Kajang.
Projek Pembetungan Kajang 2 adalah dibawah penguatkuasaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA). Segala perjalanan kemajuan kerja dan pemantauan dibawah tanggungjawab Kementerian
-
Kerosakan rumah dan jalanraya telah berlaku akibat kerja pembentungan tersebut. Adakah gantirugi sewajarnya dibayar kepada penduduk yang terlibat?
Segala ganti rugi atau kerosakan terhadap struktur rumah atau jalan yang disebabkan kerja-kerja pembetungan adalah dibawah tanggungjawab pihak KETTHA.