Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

39) PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS KAMPUNG SUNGAI PUSU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah bersepadu yang diambil oleh kerajaan bagi memantau dan menguatkuasakan perlaksanaan Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Pusu?

    Memastikan setiap pembangunan yang dicadangkan perlu mengikut Zon Gunatanah yang telah ditetapkan di dalam RKK Sungai Pusu yang telah diwartakan pada 12 April 2012. Mana-mana permohonan yang bercanggah dengan zon gunatanah RKK Sg. Pusu Majlis tidak akan menyokong pembangunan tersebut.

  2. Apakah langkah kerajaan bagi memastikan pencerobohan dan salah guna status tanah tidak berlaku di kawasan itu buat masa ini?

    Majlis akan mengemukakan notis mengikut peruntukkan Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (172) Dan akta Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dimana operasi bersepadu bersama-sama penguatkuasaan juga akan dilakukan.

    Notis dan laporan akan dikeluarkan kepada pihak pemilik tanah / pengusaha yang mengadakan pemajuan tanpa kebenaran. Tindakan mahkamah akan di ambil oleh pihak majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.