Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
114) PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan PBT untuk memastikan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan dan lebih efektif bagi mengatasi jalan-jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan di seluruh Negeri Selangor?
Bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan dan efektif bagi mengatasi jalan-jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan di Negeri Selangor, pihak PBT adalah melaksanakan rondaan secara berjadual oleh anggota penguatkuasa di kawasan-kawasan pembangunan dalam pembinaan serta melibatkan laluan awam bagi tindakan kompaun untuk kesalahan menjatuhkan/menumpah debu/tanah dan sebagainya di tempat awam. PBT juga telah mensyaratkan kepada pihak pemaju yang melaksanakan projek pemajuan untuk menyediakan ‘wash through’ di setiap kawasan pembinaan bagi tujuan pembersihan kenderaan pembinaan yang keluar dari tapak serta mengenakan cagaran kerja tanah serta permit laluan bagi tujuan kawalan. Selain itu, PBT juga memantau isu tersebut berdasaran aduan-aduan daripada masyarakat yang berkaitan jalan yang rosak dan kotor akibat penggunaan kenderaan berat bagi projek pembangunan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
-
Apakah jenis kompaun yang boleh dikenakan oleh PBT?
Jenis-jenis tindakan yang boleh dikenakan terhadap mana-mana pemaju yang melanggar syarat yang telah dikenakan oleh PBT adalah seperti berikut:-
- Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran 1999;
– Seksyen 5(1) – Tiada sesiapapun boleh melakukan atau menyebab dilakukan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang boleh mendatangkan kekotoran di mana-mana kawasan, premis, bangunan dan lain-lain tempat sama ada di mana-mana tempat awam ataupun tempat persendirian. - Undang-Undang Kecil Kerja Tanah 2007; atau
- Seksyen 19 – Tidak mematuhi syarat yang ditetapkan
- Seksyen 26 – Tidak menyelenggara parit sepanjang tempoh kerja tanah
- Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
- Seksyen 39(2) – telah merosakkan tempat turap.
- Seksyen 47(1)(A) – jalan kotor.
- Seksyen 47(1)(e) – kesalahan menjatuhkan/menumpah debu/tanah/ dan sebagainya di tempat awam atau akibat kerosakan jalan yang dilakukakan oleh pemaju.
- Seksyen 47(2)(A) – Meletak bahan binaan.
- Seksyen 47(2)(b) – seseorang yang menjatuhkan debu atas jalan awam dan lain-lain.
- Seksyen 47(3)(b) – Tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah bahaya kepada nyawa, kesihatan orang yang menggunakan tempat awam daripada habuk yang berterbangan (Jalan berhabuk).
- Seksyen 70A(9) – Langgar Syarat Kelulusan, Tiada Wash Through, Tiada Permit Laluan.
- Seksyen 70(13)(D) – Gagal Patuhi Arahan.
- Seksyen 70(1) – Memulakan kerja tanah tanpa kelulusan dan kebenaran.
- Seksyen 121(1) – Ingkar Arahan Notis Terdahulu.
- Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran 1999;