Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

199) PEMANTAUAN ATAU KAWALAN TERHADAP KEGIATAN PERNIAGAAN OLEH WARGA ASING DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah keberkesanan undang-undang sedia ada cukup untuk mengawal kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh warga asing di negeri ini?

    Untuk makluman, semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor menggunapakai Undang-Undang Kecil (UUK) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor seperti, UUK Penjaja, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian serta UUK Pelesenan Establisymen Makanan. Walaupon di dalam UUK ini tiada dengan dengan jelas yang melarang warga asing memohon lesen peniagaan, setiap kelulusan mana-mana pemohonan yang dibuat adalah tertakluk kepada syarat-syarat atau sekatan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen. Sebagai contoh, antara syarat bagi pemohonan lesen penjaja adalah pemohon mestilah warganagera dan tidak boleh mengambil warga asing sebagai pembantu.

    Seterusnya, Kerajaan Negeri turut menghadapi kesukaran menjalankan tindakan  penguatkuasaan ke atas kegiatan perniagaan warga asing akibat kekangan mengenalpasti sewaan lesen premis perniagaan kepada  warga asing atau pekerja warga asing. Tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil jika pekerja warga asing tanpa permit sah berada di premis semasa semakan dilaksanakan. Tindakan sitaan dan pembatalan lesen (jika berlesen) boleh dilaksanakan di bawah peruntukan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian serta UUK Pelesenan Establisymen Makanan atas kesalahan melanggar syarat lesen.

    Selain daripada itu, dalam memastikan pelaksanaan undang-undang tersebut berjalan lancar, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor turut menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti berikut;

    1. Tindakan sitaan ke atas perniagaan tanpa lesen;
    2. Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan (PBT, PDRM, Imegresen, JPJ, Pejabat Tanah Daerah);
    3. Penutupan premis yang menggaji warga asing tanpa permit yang sah; dan
    4. Pembatalan lesen.

    Selain daripada itu, setiap pengusaha kedai runcit hendaklah mengambil warga negara Malaysia sebagai pekerja tidak kurang 30% daripada jumlah pekerja yang ada. Bagi pekerja warga negara asing, pengusaha hendaklah mengambil dalam kalangan mereka yang memiliki VISA atau permit pekerjaan daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang masih sah. Jika didapati pengusaha premis berlesen yang gagal mematuhi syarat-syarat berkaitan pengambilan pekerja asing ini lesen perniagannya akan ditarik serta-merta dengan disusuli oleh notis pembatalan lesen perniagaan.

  2. Berapakah kes warga asing yang terlibat dalam kegiatan perniagaan yang telah diambil tindakan oleh PBT bagi tahun 2020-2024? Sila senarai mengikut PBT.

    Untuk makluman, berikut adalah jadual kes warga asing yang terlibat dalam kegiatan perniagaan yang telah diambil tindakan oleh PBT bagi tahun 2020-2024

Lampiran

Tiada Lampiran.