Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

239) PEMANGKASAN POKOK

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerja pemangkasan pokok di DUN Meru akan di mulakan sebagaimana yang diumumkan di dalam sesi Sidang Dewan Negeri yang lepas?

    Kerja – kerja pemangkasan pokok di DUN Meru dilaksanakan melalui dua (2) kerja sebutharga terbuka menggunakan peruntukan Wang Amanah MARRIS tahun 2021. Kerja-kerja telah bermula pada 1 November 2021 dan siap sepenuhnya pada 28 Februari 2022 dengan tempoh kerja selama empat (4) bulan. Jumlah keseluruhan pokok yang terlibat untuk DUN Meru adalah sebanyak 1907 unit pokok dan kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti yang berikut:

    Tajuk kerja: Kerja Pangkasan Pokok Ameniti di DUN N42 Meru
    Nombor Fail Kontrak : MPK 600-9/3/94 JTR
    Jumlah Pokok : 959 pokok
    Senarai lokasi yang terlibat adalah:

    1) Persiaran Hamzah Alang;
    2) Solok Hamzah Alang 81A;
    3) Lintang Kapar Setia 1 dan 4;
    4) Jalan Dato’ Tahir Manan;
    5) Jalan Meru Setia;
    6) Jalan Kenangan;
    7) Jalan Meranti;
    8) Jalan Mahang 1;
    9) Jalan Keledang 9A;
    10) Jalan Nyatoh;
    11) Jalan Bertam 5A;
    12) Klang Sentral, Meru

    Nombor Fail Kontrak : MPK 600-9/3/95 JTR
    Jumlah Pokok : 948 pokok
    Senarai lokasi yang terlibat adalah:

    1) Persiaran Aman Perdana;
    2) Jalan Aman Perdana 4A, 4G, 4H;
    3) Jalan Aman Perdana 5A, 5F, 5B, 5G;
    4) Jalan Aman Perdana 7B, 7C, 7E, 7F, 7M, 7U;
    5) Jalan Aman Perdana 8A, 8F;
    6) Jalan Aman Perdana 5A, 5F, 5B, 5G;
    7) Jalan Aman Perdana 9A, 9D, 9F, 9J;
    8) Jalan Aman Perdana 10C, 10D, 10E;
    9) Jalan Aman Perdana 11B, 11E, 11F, 11J;
    10) Lebuh Sungai Kapar Indah;
    11) Persiaran Sungai Kapar Indah;
    12) Jalan Sungai Kapar Indah.

Lampiran

Tiada Lampiran.