Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

215) PEMAKANAN SIHAT DI DALAM SEKOLAH

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Makanan sihat amat penting bagi memastikan kesihatan kanak-kanak dan anak muda. Apakah terdapat sebarang inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan pemakanan yang lebih sihat (contoh: Senarai jenis makanan untuk pegerai kantin) dapat dilaksanakan dalam sekolah-sekolah di bawah Negeri Selangor?

    Semua sekolah di Selangor telah diberi surat siaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPM600-14/1/56Jld3[32] yang bertarikh 15 Mac 2017 yang bertajuk “Larangan Penjualan Makanan dan Minuman yang tidak digalakkan penjualannya di kantin sekolah”, Senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah dan cadangan senarai makanan dan minuman yang boleh dijual di kantin sekolah seperti di lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.