Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
39) PEMAJU PERUMAHAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan terhadap pemaju yang tidak membuat serahan jalan dan kemudahan rekreasi kepada MDKS setelah kemudahan tersebut lengkap disiapkan?
Surat peringatan akan dikemukakan kepada pemaju untuk melakukan proses semakan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor bagi mana-mana kemudahan rekreasi kepada Majlis Daerah Kuala Selangor setelah kemudahan tersebut lengkap disiapkan.
-
Kenapa berlaku kelewatan dalam membuat penyerahan?
Proses penyerahan adalah bergantung kepada pihak pemaju kerana faktor-faktor berikut :-
- Pemaju selalunya akan menyelesaikan urusan proses jual beli terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak Majlis.
- Bagi projek yang melibatkan saiz perancangan dalam skala yang besar, kebiasaanya akan diserahkan serahan berperingkat mengikut kemajuan projek yang dijalankan oleh pihak pemaju.