Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

337) PEMAIN BOLA SEPAK SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan pemain Selangor selepas ini?

    Pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bertindak dengan begitu proaktif dalam menangani isu keselamatan yang melanda pemain Selangor FC baru-baru ini. Pihak Kerajaan begitu vokal dalam menyuarakan kerisauan dan mengecam sekeras-kerasnya kejadian yang berlaku kepada pemain Selangor. Ini telah memupuk kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat negeri Selangor dan mengambarkan keperihatinan terhadap keselamatan pemain.

    Selain dari itu, kerjasama rapat di antara Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama dengan pihak Pihak Polis Di Raja Malaysia, secara khusus nya Ketua Polis Selangor dalam menangani isu ini dilihat amat baik.

    Kerjasama ini dapat dilihat di mana pihak Kerajaan Negeri dan PDRM telah menyediakan anggota polis yang lebih ramai pada hari-hari perlawanan home dan away. Kekuatan anggota yang disediakan pada hari perlawanan home adalah dua kali ganda berbanding sebelum ini.

    Tambahan lagi, Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk melantik sekuriti peribadi dari pihak swasta untuk mengawal keselamatan pasukan dan pegawai-pegawai yang berkenaan pada setiap hari semasa menjalani latihan di Pusat latihan pasukan dan juga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( MBPJ ) mahupun semasa bertandang di Stadium lawan.

  2. Apakah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan terhadap Faisal Halim?

    Dalam memastikan rawatan & proses pemulihan terbaik kepada Faizal Halim, kos rawatan bagi beliau telah ditanggung sepenuhnya oleh DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Selangor dan pihak Kerajaan Negeri dari permulaan rawatan bermula sehingga beliau dapat kembali bermain semula. Manakala Selangor FC akan memastikan keperluan sokongan terhadap beliau dari segi mental dan fizikal akan dibantu sepenuhnya melalui pegawai sains sukan pasukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.