Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

58) PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan membina insinerator (alat pembakar sampah) terutamanya di kawasan bandar bawah pentadbiran MBPJ, MPSJ dan MBSA? Sila berikan butir-butir

    1. Kerajaan Negeri menerusi anak syarikatnya Worldwide Holdings  Berhad  (WHB) telahpun menjalankan kajian terperinci berkenaan  kesesuaian  untuk  membina insinerator (alat pembakar sampah) untuk kawasan-kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, kos pembinaan dan pengoperasian masih lagi sangat tinggi jika dibandingkan dengan kaedah pelupusan menggunakan tapak  pelupusan  Namun begitu, usaha-usaha masih diteruskan bagi mendapatkan teknologi insinerator yang lebih praktikal.
  2. Berapakah kapasiti tanah-tanah pelupusan sampah sedia ada dan adakah ini mencukupi keadaan semasa?

    1. Kerajaan Negeri pada ketika ini mempunyai 4 buah tapak pelupusan sampah dimana 2 buah tapak sanitari (Sanitary Landfill) yang terletak di Jeram dan Tanjung Dua Belas. Manakala 2 buah tapak bagi menjalankan pelupusan sisa lengai (Inert Waste) yang terletak di Dengkil dan Kuang. Tapak pelupusan sisa lengai (Inert Waste) di Dengil dan Kuang adalah tapak pelupusan untuk sisa-sisa kering. Manakala dari segi kapasiti tempat-tempat pelupusan sampah dan jangka hayat di setiap tapak adalah berbeza. Hal ini dapat dilihat seperti di Lampiran 1.

     

     

     

     

    Lampiran 1

     

     

     

    No.

     

     

    Tapak

     

    Keluasan Tapak (ekar)

     

    Kapasiti yang telah diisi (tan)

     

    Baki kapasiti (tan)

     

    Jangka Hayat

    1. Tapak            pelupusan sanitari Jeram  

    160

     

    2.9 juta

     

    5.1 juta

     

    2017

    2. Tapak pelusan Tanjung Dua Belas  

    160

     

    0.14 juta

     

    8.86 juta

     

    2035

    3. Tapak pelupusan inert Dengkil  

    145

     

    0.4 juta

     

    1.1 juta

     

    2029

    4. Tapak pelupusan inert Kuang  

    27

     

    0.07 juta

     

    0.67 juta

     

    2032

Lampiran

Tiada Lampiran.