Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
54) PELUANG PEKERJAAN VS PENGANGGURAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pengangguran di Selangor pada Suku Pertama tahun 2022?
Berdasarkan statistik tenaga buruh terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku keempat 2021, bilangan penganggur di negeri Selangor adalah seramai 105,300 orang. Bilangan ini berkurang 0.7 peratus berbanding bilangan yang dicatatkan pada suku ketiga 2021. Kadar pengangguran di negeri Selangor pada suku keempat 2021 ini adalah 2.9 peratus, berbanding 3.6 peratus pada suku sebelumnya dan ini menunjukkan trend positif penurunan kadar pengangguran. Bagi data suku pertama 2022, data hanya akan diperolehi pada bulan April 2022. Maklumat terperinci bilangan penganggur dan kadar pengangguran di Selangor adalah seperti jadual di bawah:
-
Berapakah peluang pekerjaan yang ada pada Suku Pertama tahun 2022?
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendapati kekosongan peluang pekerjaan di Negeri Selangor pada suku pertama tahun 2022 (sehingga Februari 2022) adalah sebanyak 163,645 yang merangkumi sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dan lain-lain.