Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
9) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN ANAK MUDA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah gaji purata dan pendapatan median golongan anak muda di Selangor? Bandingkan dengan negeri-negeri lain
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil maklum mengenai gaji purata pendapatan median golongan anak muda di Selangor berikutan taraf hidup yang semakin meningkat dan pembangunan belia perlu dititikberatkan terutamanya dari segi pekerjaan dan pendapatan untuk memastikan pembangunan Negeri yang mampan. Melalui sumber yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji purata di Selangor termasuk golongan anak muda berbanding negeri-negeri lain bagi perbezaan tahun 2014 dan 2016 adalah seperti jadual di bawah:-
Gaji Purata Mengikut Negeri Bagi Tahun 2014 dan 2016
Bil
Perkara
Jumlah gaji purata (RM)
TAHUN 2014
TAHUN 2016
1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10,629 11,692 2. Wilayah Persekutuan Putrajaya 10,401 11,555 3. Selangor 8,252 9,463 4. Wilayah Persekutuan Labuan 7,591 8,174 5. Johor 6,207 6,928 6. Melaka 6,046 6,849 7. Pulau Pinang 5,993 6,771 Bil
Perkara
Jumlah gaji purata (RM)
TAHUN 2014
TAHUN 2016
8. Negeri Sembilan 5,271 5,887 9. Terengganu 4,816 5,776 10. Sarawak 4,934 5,387 11. Sabah 4,879 5,354 12. Perak 4,268 5,065 13. Pahang 4,343 5,012 14. Perlis 4,445 4,998 15. Kedah 4,478 4,971 16. Kelantan 3,715 4,214 ( Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia )
Merujuk kepada jadual di atas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah gaji purata tertinggi iaitu RM11,692 diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak RM11,555 Selangor (RM9,463) dan Wilayah Persekutuan Labuan (RM8,174). Lain-lain negeri mencatatkan gaji purata di bawah paras national level (RM6,958).
Seterusnya, pendapatan median di Selangor termasuk golongan anak muda berbanding negeri-negeri lain bagi perbezaan tahun 2014 dan 2016 adalah seperti jadual di bawah: –
Pendapatan Median Mengikut Negeri Bagi Tahun 2014 dan 2016
Bil
Perkara
Jumlah pendapatan median (RM) TAHUN 2014 TAHUN 2016 1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 7,620 9,073 2. Wilayah Persekutuan Putrajaya 7,512 8,275 3. Selangor 6,214 7,225 4. Wilayah Persekutuan Labuan 5,684 5,928 Bil
Perkara
Jumlah pendapatan median (RM) TAHUN 2014 TAHUN 2016 5. Johor 5,197 5,652 6. Melaka 5,029 5,588 7. Pulau Pinang 4,702 5,409 8. Terengganu 3,777 4,694 9. Negeri Sembilan 4,128 4,579 10. Perlis 3,500 4,204 11. Sarawak 3,778 4,163 12. Sabah 3,745 4,110 13. Perak 3,451 4,006 14. Pahang 3,389 3,979 15. Kedah 3,451 3,811 16. Kelantan 2,716 3,079 ( Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia )
Merujuk kepada jadual di atas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pendapatan median tertinggi iaitu sebanyak RM9,073 diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak RM8,275, Selangor (RM7,225), Wilayah Persekutuan Labuan (RM5,928), Johor (RM5,652), Melaka (RM5,588) dan Pulau Pinang (RM5,409). Lain-lain negeri mencatatkan pendapatan median di bawah paras national level iaitu RM5,228.
-
Apakah polisi dan usaha kerajaan dalam membangunkan golongan anak muda dari segi pekerjaan dan pendapatan?
Kerajaan Negeri sentiasa menitik beratkan aspek pembangunan belia di Negeri Selangor dengan memfokuskan dan memberi keutamaan kepada dua aspek penting iaitu pekerjaan dan pendapatan. Selain daripada memastikan belia mendapat pekerjaan, usaha perlu juga diberikan kepada penglibatan belia dalam bidang keusahawanan. Dalam banyak ketikanya, belia lebih menumpukan kepada usaha untuk mendapatkan pekerjaan sebagai sumber mata pencarian untuk menampung keperluan hidup. Mungkin juga disebabkan kurang pendedahan, kesedaran dan pengetahuan, belia tidak menganggap keusahawanan sebagai alternatif sumber pendapatan yang jauh lebih baik daripada pekerjaan. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Dana Usahawan Mikro bagi membuka peluang kepada usahawan mikro di Negeri Selangor untuk mempelbagaikan dan mengkomersialkan
produk di samping untuk mengukuhkan perniagaan dan perusahaan mikro di Negeri Selangor melalui peningkatan produktiviti (pengeluaran jualan dan pendapatan). Program ini telah memberi ruang kepada 55 orang usahawan belia di Selangor.
Selain itu, generasi muda di Selangor juga berpeluang untuk menyertai program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri antaranya program Hijrah Selangor yang berteraskan konsep Pinjaman Asas Simpanan yang mana pinjaman yang diberikan digunakan sebagai modal tambahan dalam urusan perniagaan. Hijrah Selangor telah mensasarkan golongan khusus seperti ibu tunggal, penerima blue print, asnaf, belia, orang kelainan upaya dan khariah masjid. Melalui program ini, seramai 23,260 orang usahawan belia telah ditawarkan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM143,919,000.00.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Hijrah Selangor juga melaksanakan program mentor usahawan (mentoring system) iaitu Zero to Hero di mana melalui program ini usahawan dilatih dan dipantau oleh syarikat peneraju (anchor company) dalam jangkamasa 6 bulan untuk memastikan kejayaan mereka.
Di samping itu, bagi generasi muda yang mempunyai minat dalam bidang digital dan teknologi, mereka boleh menyertai program yang dijalankan oleh SITEC di bawah kelolaan Invest Selangor. SITEC juga telah melancarkan Selangor Digital Creative Centre, sebuah pusat inkubator yang menawarkan kolaborasi dan persekitaran inovatif untuk generasi muda melahirkan start-up dan produk teknologi yang kreatif.
-
Apakah prospek anak muda di Selangor berbanding negeri lain?
Generasi muda di Negeri Selangor mempunyai prospek yang lebih cerah di dalam mendapatkan pekerjaan dan menambah pendapatan mereka berbanding di negeri lain. Hal ini kerana peluang pekerjaan di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain. Hal ini demikian, berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor, statistik peluang pekerjaan yang tersedia di Selangor dari tahun 2014
– 2017 adalah berjumlah 1,013,405. Maklumat berikut adalah seperti jadual di bawah:-
TAHUN JUMLAH PELUANG PEKERJAAN 2014 256,819 2015 276,365 2016 205,370 1 JAN HINGGA OKTOBER 2017 265,851 JUMLAH 1,013,405