Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
154) PELUANG PEKERJAAN UNTUK BELIA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kadar pengangguran di Negeri Selangor mengikut jantina dan umur?
Status kadar pengangguran di Negeri Selangor mengikut jantina dan umur berdasarkan sumber daripada Statistik Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan pengangguran yang diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh (STB) dan merujuk kepada penduduk yang berumur di antara 15 hingga 64 tahun adalah sebagaimana jadual berikut :-
Jadual 1: Bilangan Penganggur di Selangor bagi 2016 dan 2017
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia khususnya di kawasan luar bandar?
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil maklum untuk menambah baik keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan belia di kawasan luar bandar berikutan taraf hidup yang semakin meningkat dan pembangunan belia perlu dititikberatkan terutamanya dari segi pekerjaan dan pendapatan untuk memastikan pembangunan Negeri yang mampan.
Justeru itu, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan taraf hidup golongan belia di Selangor sebagaimana berikut :-
- Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan telah menganjurkan satu program Karnival Kerjaya dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Program yang dilaksanakan ini telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 3,416 orang untuk mengisi 5,782 tawaran kekosongan jawatan. Kesan daripada pelaksanaan program ini, seramai 847 orang telah berjaya mendapat pekerjaan pada hari tersebut. Program Karnival Kerjaya (Job Fair) ini juga telah diadakan di daerah-daerah seperti Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan sambutan yang menggalakkan dengan pengunjung yang melebihi 1000 orang setiap daerah.
Seterusnya, Kerajaan Negeri turut mengadakan program dan bantuan kepada belia bagi tujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan seperti berikut :-
- Dana Usahawan Mikro Selangor;
- Pameran/Ekspo ;
- Karnival/Festival Usahawan;
- Kursus/Latihan ;
- Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Negeri Selangor (4P); dan
- Program Hijrah Selangor
- Melalui program HIJRAH Selangor, pinjaman kewangan diberikan kepada golongan belia bagi memulakan perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya melalui skim seperti berikut :-
- Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan Program Pembangunan Usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu golongan belia menjana pendapatan sendiri seperti program berikut :-