Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
266) PELUANG PEKERJAAN DAN PROGRAM BAGI GOLONGAN REMAJA DAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan untuk anak Selangor terutamanya golongan remaja dan belia?
a dan b)
Kerajaan Negeri Selangor berusaha dengan memberi pendidikan kepada golongan remaja dan belia yang berkelayakan melalui bidang pendidikan. Usaha ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri menubuhkan Universiti Selangor (UNISEL) yang menyediakan pelbagai kursus dan bidang pengajian dari peringkat Diploma sehingga peringkat PhD seperti berikut:-
- Kejuruteraan
- Pendidikan dan Sains Sosial
- Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
- Sains dan Bioteknologi
- Pengurusan Perniagaan
- Media dan Komunikasi
- Sains Kesihatan
- Seni Lukis dan Reka bentuk.
Secara umumnya, Kerajaan Negeri Selangor juga berusaha memberi peluang kepada Belia yang tidak berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang akademik. Usaha ini dilaksanakan dengan menyediakan bidang latihan, teknikal dan kemahiran yang dikendalikan oleh Inspen International College (INPENS). Usaha-usaha ini merupakan bantuan Kerajaan Negeri kepada Belia bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan dalam bidang seperti kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, mekanik motosikal, sistem komputer dan penyaman udara.
-
Bagaimanakah kerajaan memperbanyakkan lagi program sedia ada bagi membantu golongan remaja dan belia?