Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
213) PELUANG PEKERJAAN DAN HARTANAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bandar Baru Bangi mempunyai polisi mengutamakan dari segi peluang pekerjaan dan membeli hartanah kepada penduduk tempatan. Sejauh manakah pihak pengusaha hartanah terutama PKNS berunding dengan Wakil Rakyat dan Persatuan penduduk bagi memberi keutamaan penduduk setempat memiliki hartanah, khususnya premis kedai?
PKNS menjual rumah secara terbuka dengan mengiklankan di media di mana , tawaran jualan dibuat secara ‘siapa cepat dia dapat’. Sekiranya terdapat lebihan permintaan PKNS akan menggunakan sistem mata di mana mata tambahan diberikan kepada penduduk setempat, bumiputera, pemilikan harta pertama dan keupayaan kewangan
-
Berapakah jumlah bangunan komersil Ð termasuk kilang di Bandar Baru Bangi?
Bangunan Komersial di Bandar Baru Bangi
Bangunan (Kedai) Unit Status Jualan Bumiputra 349 76 peratus Bukan Bumiputra 112 24 peratus Jumlah 461 100 peratus Bangunan (Kilang) Kilang Status Jualan Bumiputra 167 45 peratus Bukan Bumiputra 205 55 peratus Jumlah 372 100 peratus -
Berapakah jumlah dan peratusan pemilikan yang dijual kepada pembeli tempatan?
Jumlah Peratusan pemilikan yang dijual kepada pembeli tempatan ialah 95 peratus.