Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
119) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kadar pengangguran dari tahun 2013-2015?
Statistik kadar pengangguran diperolehi daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa iaitu International Labour Organisation (ILO) melalui manual on concepts and methods of surveys of economically active population, employment, unemployment and underemployment yang diguna pakai oleh semua negara dan dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan menggunakan pendekatan isi rumah. Maklumat pengangguran dalam PBT merujuk kepada mereka yang aktif dari segi ekonomi iaitu kumpulan umur 15 hingga 64
Berdasarkan maklumat tersebut, kadar pengangguran di Negeri Selangor bagi tahun 2013 hingga 2014 adalah seperti jadual 1:
Jadual 1 : Kadar penggangguran di Malaysia dan Negeri Selangor tahun 2013, 2014 dan suku tahun pertama (Q1 / 2015)
Tahun Kadar Pengangguran Malaysia (%) Kadar Pengangguran Negeri Selangor 2013 3.1 2.5 2014 2.9 2.0 Q1 / 2015 3.1 2.6 Sumber : Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri agar warga Selangor mempunyai pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan?
Dalam usaha menyesuaikan pekerjaan dan kelayakan warga Selangor, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa tindakan dan perancangan seperti berikut :
- penubuhan INPENS International College yang menyediakan peluang latihan kepada pelajar lepasan SPM, pelajar keciciran persekolahan, belia menganggur serta belia yang meminati ilmu teknikal dan vokasional untuk mempelajari ilmu latihan kemahiran;
- untuk memenuhi permintaan industri pihak kerajaan telah mengadakan kerjasama dengan Selangor Human Resources Development Center (SHRDC) yang berfungsi sebagai rakan kongsi dengan industri untuk menentukan kemahiran dan kecekapan di dalam program persijilan iaitu melaksanakan progam pembangunan bakat terutamanya bagi lepasan sekolah, lepasan graduan serta pekerja industri sendiri. Tahap penerapan pekerjaan bagi peserta program-program ini mencapai sehingga 95-100%. Antara program yang dilaksanakan adalah :
Bil Program Tempoh masa / Bidang i. Program Industri jangka pendek, – 1 hari ke 10 hari – mechatronic,semiconductor, ICT dan lain-lain
Bil Program Tempoh masa / Bidang ii. Program Industri jangka panjang – pembangunan bakat bagi warga industry terutama dalam bidang mechatronic. Antara kejayaan program ini ialah membangunkan bakat warga kerja syarikat Texas Instrument Malaysia yang berjawatan operator dan technician untuk mendapatkan ijazah dalam Bachelor of Technology iii. Program lepasan sekolah – pembangunan bakat lepasan SPM dalam bidang mechatronic dan solar
iv. Program graduan – pembangunan bakat dalam bidang ICT, semiconductor, footwear, mechatronic dan lain lain.
- Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan mengadakan temu duga terbuka (walk in interview) oleh syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja; dan
- kerjasama dengan Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang melaksanakan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) dan kini dikenali sebagai Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) bertujuan untuk membantu para siswazah Selangor dan rakyat Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan sama ada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran – kemahiran teknikal.
- Antara perancangan dan langkah – langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu mengurangkan kadar pengangguran adalah dengan mengadakan program- program yang melibatkan institusi seperti berikut :
i. kerjasama dengan Invest Selangor bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan mengadakan program promosi (pengiklanan melalui local and international magazine seperti Foreign Direct Investment, in flight magazine, mengadakan lawatan ke luar negara bersama Malaysian Investment Development Authority – MIDA dan menyertai pameran perdagangan bertujuan menarik pelabur dari dalam dan luar negara. ii. melalui tajaan pelajar di kolej INPENS khususnya kepada pelajar – pelajar yang berpendapatan rendah dengan menawarkan pembelajaran ilmu teknikal dan vokasional serta latihan kemahiran; iii. menganjurkan beberapa program kerjaya khusus untuk belia bagi memberikan pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat bantuan kewangan; iv. menganjurkan program-program seminar dan kursus keusahawanan khususnya untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada golongan belia seperti berikut : a. Kursus Asas Keusahawanan;
b. Kursus Pemasaran;
c. Kursus Pengurusan Kewangan; dan
d. Kursus Rancangan Perniagaan
v. Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan mengadakan temuduga terbuka (walk in interview) oleh syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja vi. kerjasama dengan Kumpulan Peransang Selangor Berhad dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang melaksanakan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) dan kini dikenali sebagai Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) bertujuan untuk membantu para siswazah dan rakyat Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan samada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran – kemahiran teknikal.
vii. mengadakan kerjasama dengan Selangor Human Resources Development Center (SHRDC) iaitu melaksanakan progam pembangunan bakat YES (Youth Enhancement Strategy dan i – HIT (Internship High Impact Talent). Fokus program ini adalah kepada pelajar lepasan sekolah, lepasan graduan serta pekerja industri sendiri. Tahap penerapan pekerjaan bagi peserta program-program ini mencapai sehingga 95-100%. Program ini bertujuan untuk melatih lebih ramai peserta terutama lepasan sekolah untuk membangunkan karier mereka sekaligus mengurangkan kebergantungan industri kepada tenaga kerja luar. Mereka yang menyertai program ini akan diserapkan ke dalam syarikat secepat mungkin dan peratusan untuk mendapatkan pekerjaan apabila menyertai program ini adalah 100%, kerana pemilihan peserta program dibuat oleh syarikat yang terlibat.
-
Nyatakan institusi dan program Kerajaan negeri yang membantu?