Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
165) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik peluang pekerjaan di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut sektor.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO) statistik peluang pekerjaan di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut sektor adalah seperti Jadual I di bawah :
Jadual I : Statistik peluang pekerjaan di Selangor dari tahun 2010 hingga 2015 mengikut sektor
Bil Sektor Jumlah Jawatan 1 Pegawai Kanan & Pengurus 31,859 2 Profesional 62,187 3 Juruteknik dan Profesional Bersekutu 78,675 4 Pekerja Perkeranian 45,935 5 Pekerja Perkhidmatan, Pekerja Kedai dan Jurujual 178,604 6 Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan 12,026 7 Pekerja Pertukangan dan yang berkaitan 74,636 8 Operator Loji dan Mesin dan Pemasang 267,949 9 Pekerja Asas 1,635,834 10 Pertanian, Perhutanan & Perikanan 139,872 11 Perlombongan dan Kuari 1,413 12 Pembuatan 970,384 13 Elektrikal 3,907 14 Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan Pemulihan 11,223 15 Pembinaan 588,529 Jumlah Keseluruhan 4,103,033 Sumber : Pusat JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor dan Malaysia Standard Classification Of Occupations (MASCO)
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan peluang pekerjaan rakyat tempatan tidak terjejas di Selangor akibat peningkatan jumlah pekerja asing?
Antara usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan peluang pekerjaan rakyat tempatan tidak terjejas akibat peningkatan jumlah pekerja asing ialah dengan mengadakan program-program dan latihan berikut :
- Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair 2016) kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia iaitu sebuah program yang memberi peluang untuk warga Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program yang dilaksanakan pada 28 Mei 2016 telah berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 10,000 orang dengan tawaran kekosongan jawatan sebanyak 5,818.
- Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional secara percuma di Kolej INPENS bagi belia yang ingin meneruskan pembelajaran tanpa mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang.
- Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan dalam bidang Penternakan, Bakeri, Percetakan Segera, Jahitan Pakaian, Penjagaan Awal Kanak-Kanak, Makanan Ringan (cendol dan laksa), Penyelenggaraan Penyaman Udara, Mutawwif, Rawatan Wanita Selepas Bersalin dan Jurubekam Klinikal Bertauliah. Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal.
- Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia atau Youth Enhancement Strategy Selangor (YES) yang memberi fokus kepada belia yang tidak mempunyai akademik cemerlang untuk menjalani latihan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seterusnya membolehkan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.
- Program Graduate Employability and Enhancement Selangor (PROGRES) adalah sebuah program yang diperkenalkan pada tahun 2016 untuk memberi peluang kepada belia-belia yang masih belum mendapat pekerjaan untuk menjalani latihan meningkatkan kemahiran kebolehpasaran belia khususnya di Selangor termasuk penempatan di syarikat-syarikat terpilih.