Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

254) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik peluang pekerjaan yang tersedia di Selangor dari 2014- 2017?

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor. Statistik peluang pekerjaan yang tersedia di Selangor dari 2014 -2017 adalah berjumlah 1,013,405. Maklumat seperti jadual di bawah :

    Tahun Jumlah peluang pekerjaan
    2014 256,819
    2015 276,365
    2016 205,370
    1 Jan hingga oktober 2017 265,851
    Jumlah 1,013,405
  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu anak muda memperoleh kerja?

    Dalam usaha membantu anak muda memperolehi pekerjaan, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa inisiatif dengan mengadakan program-program dan latihan berikut :

     

    • Penubuhan INPENS International College yang menyediakan peluang latihan kepada pelajar lepasan SPM, pelajar yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang, belia menganggur serta belia yang meminati ilmu teknikal dan vokasional untuk mempelajari ilmu latihan kemahiran;

     

    • Untuk memenuhi permintaan industri pihak kerajaan telah mengadakan kerjasama dengan Selangor Human Resources Development Center (SHRDC) yang berfungsi sebagai rakan kongsi dengan industri untuk menentukan kemahiran dan kecekapan di dalam program persijilan iaitu melaksanakan program pembangunan bakat terutamanya bagi lepasan sekolah, lepasan graduan serta pekerja industri sendiri. Tahap penerapan pekerjaan bagi peserta program- program ini mencapai sehingga 95-100%. Antara program yang dilaksanakan adalah :

     

    Bil Program Tempoh masa / Bidang
    i. Program                           Latihan Bersama Industri –          3 hingga 6 bulan

    –          mechatronic,semiconductor,      ICT dan lain-lain

    ii. Program                          lepasan sekolah –     pembangunan bakat lepasan SPM dalam    bidang   mechatronic    dan

    solar

    iii. Program                     kemahiran belia menganggur –     pembangunan bakat dalam bidang ICT,      semiconductor,      footwear,

    mechatronic dan lain-lain.

     

     

    • Program Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair) kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia iaitu sebuah program yang memberi peluang untuk warga Selangor bagi mendapatkan pekerjaan. Program ini melibatkan syarikat dan industri yang memerlukan pekerja dengan mengadakan temu duga terbuka (walk in interview);

     

    1. Kerjasama dengan Kumpulan Perangsang Berhad yang melaksanakan Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan bertujuan untuk membantu para siswazah Selangor dan rakyat Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan sama ada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran-kemahiran teknikal; dan

     

    1. Program Peningkatan Kebolehpasaran serta Kemahiran dan Pemantapan Bahasa Inggeris di kalangan graduan dan belia di Negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti graduan dan belia yang ingin meningkatkan potensi diri serta menaik taraf tahap pekerjaan di pasaran kerja dengan penguasaan bahasa Inggeris, bagi

     

    memenuhi keperluan industri dengan penggunaan sumber tenaga tempatan yang mahir dalam bahasa Inggeris.

     

    Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor juga turut berusaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan menarik pelabur dari dalam dan luar negara untuk membuat pelaburan di Selangor.

  3. Nyatakan peratusan kadar pengangguran di Selangor dari 2014-2017?

    Statistik peratusan kadar pengangguran yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bermula tahun 2014 dan sehingga 2016 sahaja adalah berjumlah 6% seperti jadual 1:

    Jadual 1 : Kadar peratusan pengangguran di Negeri Selangor

    2014 – 2016

    Tahun Kadar Pengangguran Negeri Selangor (%)
    2014 2.0
    2015 2.4
    2016 3.2
    Jumlah 7.6

     

Lampiran

Tiada Lampiran.