Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
104) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan pada 2018.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor, statistik peluang pekerjaan yang tersedia di Selangor menurut portal JobsMalaysia bermula pada 1 Januari 2018 hingga 18 Mac 2018 adalah sebanyak 77,459 peluang pekerjaan. -
Nyatakan peratusan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada 2017 yang telah diisi.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Selangor, statistik peluang pekerjaan yang tersedia di Selangor menurut portal JobsMalaysia pada tahun 2017 adalah sebanyak 396,763 peluang pekerjaan. Namun begitu, tiada data spesifik berkenaan peratusan peluang
pekerjaan yang telah diisi pada tahun 2017.