Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
79) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menambah bilangan kedai / kiosk khususnya untuk usahawan daripada golongan B50 (pendapatan < RM 4000) untuk menceburi bidang perniagaan?
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menambah bilangan kedai/kiosk secara fizikal buat masa sekarang. Namun, berdasarkan perkembangan IR4.0 Kerajaan Negeri menggalakkan usahawan untuk membina dan menceburi perniagaan secara atas talian. Terdapat pelbagai platform perniagaan secara atas talian telah sedia ada dengan kerjasama bersama agensi Kerajaan Negeri seperti SIDEC, Lazada, Shoppe, SELDEC.
Untuk makluman Tuan Speaker, usahawan baru dan sedia ada boleh menggunakan platform fizikal yang dikendalikan oleh KoHijrah iaitu KoHijrah Mart yang berfungsi memasarkan pelbagai produk-produk usahawan Negeri Selangor yang telah menembusi pasaran di seluruh negara.
-
Bagaimanakah usaha kerajaan dalam menaiktaraf kedai-kedai PBT yang sedia ada khususnya di kawasan pendalaman Batang Kali?
Usaha MPHS untuk menaiktaraf kedai-kedai yang telah usang dan rosak di sekitar kawasan Batang Kali adalah menerusi tindakan Jabatan untuk memohon peruntukan kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah tajuk projek naiktaraf dan akan dibuat secara berperingkat tertakluk peruntukan yang diluluskan.