Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

331) PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KEPADA BELIA YANG TELAH BEKERJA SELEPAS SPM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat peluang kedua untuk belia yang berkelulusan SPM untuk melanjutkan pelajaran di IPT milik Kerajaan?

    Peluang kedua bagi belia yang berkelulusan SPM untuk melanjutkan pelajaran di IPT milik kerajaan adalah di Kolej Antarabangsa INPENS yang merupakan institusi pengajian tinggi pertama yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dengan 15 tahun pengalaman, INPENS menyediakan kursus yang pelbagai yang melibatkan kemahiran, seperti bidang Juruteknik Elektronik Industri, Mekanikal Elektronik Industri, Pembantu Juruteknik Komputer, Juruteknik Sistem Komputer, Bidang Jahitan, Juruteknik Automatif Kenderaan Motor, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Elektrik, Penyejukbekuan dan Penghawa Dingin, Dandanan Rambut dan Kecantikan serta Jurupulih

     

    Kebanyakan pembelajaran di INPENS menekankan tentang kemahiran setiap bidang yang telah dinyatakan. Kursus-kursus yang diadakan juga memberi peluang kepada anak-anak Selangor yang kurang di dalam aspek pendidikan, tetapi kemahiran-kemahiran ini mampu memberikan mereka peluang pekerjaan yang luas setanding dengan graduan-graduan IPT yang lain.

  2. Apakah ada pembiayaan pendidikan yang minima untuk golongan belia yang sedang bekerja?

    Tiada pembiayaan pendidikan yang minimum bagi golongan belia yang sedang bekerja.

  3. Apakah terdapat program pengajian tinggi selain daripada kemahiran untuk belia yang bekerja?

    Buat masa ini,masih belum dijalankan sebarang program pengajian tinggi selain daripada kemahiran untuk belia yang bekerja. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa cadangan program untuk dilaksanakan di masa hadapan bagi memastikan golongan belia yang bekerja dapat meningkatkan taraf pendidikan mereka dengan pembelajaran secara separuh masa melalui kaedah atas talian “online” dan juga melalui pusat-pusat pendidikan separuh masa yang boleh diakses dengan mudah di kawasan- kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.