Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
229) PELIHARAAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah perlaksanaan pengharaman bekas makanan polisterina akan dikuatkuasa?
Kerajaan Negeri belum bercadang untuk mengharamkan bekas makanan polisterina di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Program-Program menggalakkan pengurangan penggunaan polistrena sentiasa dilaksanakan di peringkat semua Pihak Berkuasa Tempatan melalui Program Bazar Ramadhan dan Pasar Malam Mampan.
Merujuk kepada Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT bil 2/2011 telah mencadangkan pelaksanaan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin secara berperingkat seperti berikut :-
- Peringkat Pertama : Pengurangan penggunaan polisterin dan beg plastik pada setiap hari
- Peringkat Kedua : Pengurangan penggunaan polisterin dan beg plastik pada setiap hari Isnin dan Jumaat
- Penyediaan makanan dalam bentuk ‘buffet’ atau menggunakan pembungkus mesra alam / bahan guna
Salah satu PBT yang giat menjalankan Program tersebut adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di mana satu dasar larangan menggunakan styrofoam yang telah diluluskan di peringkat Majlis dan syarat larangan tersebut telah dimasukkan di dalam lesen penjaja bermula 1 Januari 2014.
Antara inisiatif lain yang akan diambil oleh pihak MBPJ termasuklah memasukkan syarat larangan penggunaan styrofoam ke dalam syarat lesen Establisymen Makanan yang melibatkan pemilik restoran bagi mencapai objektif sifar polisterin.
Bagi perancangan jangka panjang, beberapa zon akan dikenal pasti bagi Zon Sifar Polisterin (Zero Polystyrene) bermula kawasan pentadbiran MBPJ iaitu Ibu Pejabat MBPJ dan Menara MBPJ.
Pihak MPKJ membuat penjadualan semula pemeriksaan dengan meletakkan syarat kepada pemohon lesen perniagaan premis makanan dan penjaja makanan iaitu tidak membenarkan penggunaan polisterina untuk penyediaan, penyajian dan / atau pembungkusan makanan.
Manakala pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mensyaratkan tiada penggunaan polisterin di dalam kelulusan permohonan lesen dan memperbaharui lesen bagi semua jenis premis makanan pada tahun 2016.
Tindakan penguatkuasaan bagi pemegang lesen/permit yang gagal mematuhi syarat-syarat tersebut boleh dikenakan tindakan pembatalan lesen/permit.
Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor sentiasa bersedia dan memberi kerjasama yang sangat baik sekiranya Arahan pelaksanaan dikeluarkan oleh peringkat Negeri.
-
Apakah persediaan semua PBT dalam penguatkuasaan ini?
Sama seperti di SUB (a)
-
Bagaimanakah status pencapaian kempen minyak terpakai?
Kempen Mengumpul Dan Mengitar Semula Minyak Masak Terpakai giat dilaksanakan sejak tahun 2014 oleh semua PBT di Negeri Selangor. Sehingga September 2015, sebanyak 91,002.85 kg minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan oleh PBT di Negeri Selangor dengan menggunakan kaedah masing-masing.
Jumlah kutipan mengikut minyak masak terpakai mengikut PBT sehingga September 2015 adalah seperti di Lampiran 1.
PBT SYARIKAT USAHASAMA JUMLAH KUTIPAN (KG) JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH MBSA Syarikat Uni10 Energy Sdn. Bhd. 946.2 2,541.2 5,342.2 7,274.3 9,206.4 7,955.8 5,217.33 6,415.17 3,890.15 48788.75 MBPJ Syarikat Uni10 Energy Sdn. Bhd. 906 1148.3 1866 1788 2642 0 0 0 0 8350.3 MPK Syarikat Uni10 Energy Sdn. Bhd. 400 0 108 806 550 666 666 0 550 3746 MPSJ Syarikat FatHopes Energy Sdn. Bhd. 4,027.5 4,878.5 6,334.5 6.636.9 420 1601.0 1348.5 857.0 0 19467 Syarikat CGV Industries Sdn. Bhd. 500.0 405.0 403.0 1308 MPAJ Syarikat Uni10 Energy Sdn. Bhd. 0 0 45 160 24 0 0 0 0 229 Syarikat Pembinaan Sri Gunung 0 0 0 150 140 294.7 0 0 666 1250.7 MPS Syarikat Uni10 Energy Sdn. Bhd. 145 94 339 457 327 265 121 439.5 272.5 2460 MPKj Syarikat Pembinaan Sri Gunung 0 0 0 0 193 110 501 787 900.9 2491.9 MPSp Syarikat Pembinaan Sri Gunung 299 350 963.40 365 345.8 102 296 130 0 2851.2 MDKL Dalam Proses 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 MDKS Syarikat Pembinaan Sri Gunung 0 0 0 0 60 0 0 0 0 0 MDHS Dalam Proses 0 0 0 0 0 0 0 0 0 60 MDSB Dalam Proses 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 JUMLAH KESELURUHAN 7223.7 9417 15401.1 11000.3 13908.2 10994.5 8149.83 8628.67 6279.55 91,002.85 LAPORAN KUTIPAN MINYAK MASAK DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN