Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

224) PELEPASAN KARBON KEPADA NET ZERO

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai ESG data analytics untuk mengurangkan pelepasan karbon kepada net zero termasuk pelaburan dalam infrastruktur hijau dan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan kepada fossil fuels?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor masih belum mempunyai ESG data analytics yang digunakan sebagai panduan untuk menilai dan memantau prestasi pelepasan karbon untuk tiga (3) aspek utama iaitu Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus. Walau bagaimanapun, beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat telah mengadaptasikan Low Carbon City Framework (LCCF) dalam pelan perancangan bandar rendah karbon bagi memantau pelaksanaan inisiatif pengurangan pengeluaran karbon di kawasan pentadbiran masing-masing.

    Dalam usaha untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri rendah karbon, analisis ini amat penting untuk menyediakan dasar dan pelan tindakan rendah karbon untuk memantau kadar pelepasan karbon di peringkat negeri. Ianya turut menentukan jenis tindakan yang wajar diambil oleh Kerajaan Negeri.

    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau sedang merangka perancangan untuk menyediakan rangka kerja yang meliputi pembangunan Dasar Ekonomi Hijau, sistem pengurusan data/inventori GHG yang seragam dan pelan pasaran karbon serta Blueprint Bandar Sifar Karbon. Perancangan ini akan melibatkan aspek pelaburan dan infrastruktur dalam tenaga boleh diperbaharui dan industri solar yang dijangka akan menjadi sebagai sumber tenaga alternatif di negara ini serta dapat mengurangkan kebergantungan kepada fossil fuel.

    Dalam hal ini, ESG data analytics bagi Negeri Selangor perlu dirancang secara holistik dengan mengambil kira pendekatan Kerajaan Persekutuan,  ratifikasi polisi dan undang-undang yang berkaitan serta pemilihan sistem/platform data yang sesuai bagi memenuhi keperluan negeri,  industri dan pelabur.

Lampiran

Tiada Lampiran.