Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

338) PELEBARAN JALAN UTAMA KAMPUNG SUNGAI TENGAR, SABAK BERNAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan melebarkan jalan utama Kampung Sungai Tengar Sabak Bernam?

    Perancangan untuk melebarkan jalan utama Kampung Sungai Tengar, Sabak Bernam adalah pada Tahun 2020.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Jalan ini telah diluluskan untuk dinaiktaraf dalam RMKe -11 di bawah tajuk Menaiktaraf Jalan Parit Baru B46 (Sungai Tengar) dengan kos siling RM 200,000.00 untuk melaksanakan kerja-kerja rekabentuk.

  2. Berapakah kos sebenar pelebaran jalan tersebut sepertimana Bajet Selangor 2016?

    Kos projek yang diluluskan dalam RMKe-11 adalah sebanyak RM 5 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.