Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

147) PELEBARAN JALAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kemajuan kerja pelebaran jalan sepanjang Selayang ke Rawang yang sesak diwaktu puncak?

    Jalan dari Selayang ke Rawang adalah Jalan Persekutuan FT01 dan kawasan yang sesak merujuk kepada lorong mendaki berhampiran dengan Taman Amansiara. Permohonan untuk menaiktaraf jalan berkenaan telah pun diangkat kepada Cawangan Jalan dibawah Rolling Plan 1,2 & 3 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) namun masih belum mendapat kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.