Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
168) PELEBARAN JALAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kemajuan kerja pelebaran jalan sepanjang Selayang ke Rawang yang sesak diwaktu puncak?
Jalan dari Selayang ke Rawang adalah Jalan Persekutuan FT01 dan kerja pelebaran jalan tersebut adalah merujuk kepada cadangan Projek Menaiktaraf Jalan Kuala Lumpur – Tg. Malim (FT001) Dengan Menambah Satu (1) Lorong Mendaki Sehingga Ke Susur Masuk Taman Amansiara, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Projek ini telah disenarai pendek di dalam permohonan projek di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12, RMKe-12 bagi tujuan kelulusan di peringkat Kementerian Kerja Raya.