Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
223) PELARIAN DALAM DUN TERATAI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap pemegang lesen penjaja dan peniaga kecil yang mengali babakan lesen perniagaan?
Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahbaik Undang-undang Kecil Penjaja PBT di mana syarat dan hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada peniaga kecil yang mengalibabakan lesen perniagaan. PBT juga telah melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut :
i) Menyita barang yang dijual;
ii) Merampas lesen / permit ; dan
iii)Menyenaraihitamkan pemegang lesen / permit warga tempatan yang menyewakan perniagaan kepada warga asing.
-
Nyatakan operasi bersepadu tangkapan warga asing yang menjalankan / membantu aktiviti perniagaan di Pasar Malam
Bagi kawasan DUN Teratai, MPAJ telah melaksanakan operasi bersepadu seperti berikut:
BULAN TARIKH LOKASI TINDAKAN Julai 2019 18/07/2019 21/07/2019
28/07/2019
Taman Muda dan Tasik Tambahan, Ampang Amaran Lisan dan Sitaan Ogos 2019 04/08/2019 07/08/2019
09/08/2019
14/08/2019