Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

412) PELANTIKAN PENGARAH URUSAN/ PENGURUS BESAR/ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ANAK SYARIKAT MBI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah pelantikan Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) dibuat?

    Pelantikan Penjawat Utama (Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif) anak syarikat Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) akan melalui proses saringan dan penilaian oleh Jawatankuasa Lembaga Pencalonan dan Imbuhan sebelum disyorkan kepada Ahli Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

    Calon-calon juga telah melalui proses semakan di Jabatan Insolvensi Malaysia berkaitan kebankrapan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk semakan Konflik Berkepentingan.

  2. Adakah terdapat jawatankuasa yang ditubuhkan untuk meneliti dan mengkaji kredibiliti Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat MBI yang dilantik?

    Jawatankuasa Lembaga Pencalonan dan Imbuhan MBI yang merupakan jawatankuasa di peringkat Lembaga Pengarah telah ditubuhkan untuk  meneliti dan mengkaji kredibiliti Penjawat Utama (Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif) anak syarikat MBI yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.