Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

23) PELANTIKAN MPKK KURANG BERKELAYAKAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria perlantikan MPKKK di Negeri Selangor bagi mengelakkan MPKK dilantik daripada kalangan asnaf dan kurang berkelayakan untuk memimpin kampung?

    Soalan a) dan b) dijawab bersekali.

     

    Perkara 5 di dalam Garis Panduan, Tatacara, Peraturan Mengenai Pelantikan Dan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Serta Urusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Selangor telah menggariskan syarat-syarat yang menjadi asas penilaian seseorang individu untuk dilantik sebagai Pengerusi MPKK seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia, Keutamaan kepada anak kelahiran Selangor dan beragama Islam;
    • Berumur di antara 30 hingga 65 tahun;
    • Sekurang-kurangnya lulus SPM atau setaraf atau mendapat kelulusan khas daripada MMKN;
    • Menetap di dalam kampung atau kawasan pentadbirannya dan telah bermastautin sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum pelantikan;
    • Tidak Muflis;
    • Bebas daripada sabitan kesalahan jenayah;
    • Disahkan sihat mental dan fizikal oleh Pegawai Perubatan;
    • Bebas daripada penyalahgunaan dadah;
    • Lulus tapisan keselamatan PDRM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Bukan kakitangan kerajaan;
    • Aliran pemikiran dan daya kepimpinan dapat diterima oleh masyarakat setempat dan pimpinan tempatan;
    • Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan berwibawa; dan
    • Merupakan pengundi yang berdaftar di kawasan DUN berkenaan.

     

    Secara amnya, syarat-syarat yang ditetapkan ini telah menjadi asas pertimbangan di dalam proses pelantikan Pengerusi MPKK dan rata-rata penyandang yang dilantik telah memberikan komitmen dan khidmat di dalam menggerakkan komuniti kampung untuk melaksanakan pembangunan demi kemajuan dan kesejahteraan kampung itu sendiri di samping menjadi perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak berkuasa.

     

    Walau bagaimanapun garis panduan tersebut tiada mensyaratkan seseorang calon Pengerusi MPKK untuk mempunyai sumber pendapatan yang tetap.

     

    Justeru, bagi pelantikan Pengerusi MPKK tahun hadapan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah akan membuat penilaian semasa proses temuduga bagi mengenal pasti calon-calon yang akan dilantik bukan daripada kalangan asnaf atau kurang berkelayakan.

  2. Adakah kriteria itu mampu untuk melahirkan MPKK yang responsif dan cekap dalam menerima aduan rakyat?

Lampiran

Tiada Lampiran.