Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

9) PELANTIKAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PBT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah proses pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Selangor?

    Urusan pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di
    Negeri Selangor menggunakan konsep ‘Peminjaman’ daripada agensi pusat iaitu
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Peminjaman merupakan salah satu
    daripada kaedah pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat dan boleh digunakan oleh
    sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman,
    berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan.
    Konsep Peminjaman merupakan langkah jangka pendek yang dilaksanakan bagi
    membantu sesebuah agensi untuk memantapkan operasi masing-masing.
    Pelantikan secara peminjaman pada masa ini dilaksanakan berasaskan kepada
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007 yang menjelaskan secara terperinci
    berkaitan prosedur peminjaman melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
    ke Perkhidmatan Persekutuan yang lain, Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan
    Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri), Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan,
    agensi swasta serta agensi antarabangsa. Walau bagaimanapun, PP 1/2007 ini telah
    diperkemaskan dan dikaji semula selaras dengan hasrat Kerajaan meningkatkan sistem
    penyampaian perkhidmatan serta memantapkan pelaksanaan urusan peminjaman
    pegawai. Maka urusan peminjaman dilaksanakan sepenuhnya merujuk kepada
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 ‘Dasar dan Prosedur Pelantikan
    Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap’.
    Dalam konteks PBT Negeri Selangor, kuasa menimbangkan pegawai-pegawai yang
    layak dilaksanakan peminjaman bagi mengisi jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua
    adalah di bawah bidang kuasa Ybhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi
    pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, manakala pegawai di dalam
    Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah
    Perkhidmatan Awam (KPPA).

  2. Sila berikan butir-butir mereka seperti kontrak pelantikan, tempoh perkhidmatan, gaji sebulan dan KPI (jika ada) di semua PBT di Selangor

    Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, dalam konteks pegawai
    yang dipinjamkan ke Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan adalah layak ditawarkan
    kadar insentif yang berbeza mengikut gred jawatan pinjaman seperti berikut:
    i) Tiga (3) Pergerakan Gaji Biasa bagi urusan peminjaman ke gred jawatan yang
    sama atau setaraf dengan gred jawatan hakikinya; atau
    ii) Dua (2) Pergerakan Gaji Biasa bagi urusan peminjaman ke gred jawatan yang
    lebih tinggi daripada jawatan hakikinya.
    Pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua berpegang kepada prinsip-prinsip
    peminjaman seperti berikut:
    i) Peminjaman perlu dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak yang terbabit iaitu agensi
    pembekal, agensi peminjam dan pegawai;
    ii) Peminjaman antara agensi awam bagi jawatan terbuka hendaklah menggunakan
    skim perkhidmatan hakiki pegawai;
    iii) Peminjaman ke gred jawatan yang lebih rendah daripada gred jawatan hakiki
    pegawai tidak dibenarkan;
    iv) Pegawai ditawarkan syarat peminjaman yang mana secara pakejnya tidak
    kurang baik (no less favourable) berbanding dengan jawatan hakiki khususnya
    dari segi gaji, elaun dan kemudahan (cuti, kediaman, perubatan dan kemudahan
    lain yang bersesuaian dengan bidang tugas jawatan pinjaman);
    v) Tempoh peminjaman pertama yang boleh diluluskan adalah sehingga tiga (3)
    tahun. Tempoh keseluruhannya tidak digalakkan melebihi lima (5) tahun untuk
    memastikan sesuatu peminjaman itu tidak berpanjangan.
    vi) Pembayaran gaji, elaun dan kemudahan yang layak diterima oleh pegawai
    dalam tempoh peminjaman adalah tanggungjawab agensi peminjam kecuali
    dinyatakan sebaliknya;
    vii) Menjadi tanggungjawab agensi peminjam untuk mencarum kepada Kumpulan
    Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak 17.5% daripada gaji hakiki
    pegawai, jika pegawai telah diberikan taraf berpencen. Sekiranya pegawai
    berada dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi
    peminjam dikehendaki mencarum kepada kumpulan wang berkenaan mengikut
    undang-undang KWSP yang berkuatkuasa;
    viii) Pembayaran pelarasan gaji dan elaun dalam tempoh peminjaman, jika ada,
    adalah tanggungjawab agensi peminjam. Manakala pelarasan gaji dan elaun di
    jawatan hakiki secara isyarat dibuat oleh agensi pembekal;
    ix) Pelantikan secara peminjaman tidak akan menyebabkan perkhidmatan hakiki
    pegawai terputus kecuali pegawai berkenaan ditukar tetap ke agensi peminjam,
    meletak jawatan, ditamatkan perkhidmatan, dibuang kerja atau bersara;
    x) Pegawai boleh memohon untuk menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
    dalam skim perkhidmatan hakiki semasa dalam tempoh peminjaman. Agensi
    peminjam hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya bagi membenarkan
    pegawai menduduki PTK tersebut;
    xi) Pegawai boleh dipertimbangkan oleh agensi pembekal untuk dinaikkan pangkat
    dalam perkhidmatan hakiki semasa dalam tempoh peminjaman;
    xii) Jika pegawai bersara dalam tempoh peminjaman, faedah persaraan adalah
    berdasarkan jawatan hakiki mengikut peraturan pencen yang berkuatkuasa;
    xiii) Pihak Berkuasa Tatatertib bagi pegawai pinjaman ialah Pihak Berkuasa
    Tatatertib perkhidmatan hakiki (agensi pembekal). Jika pegawai melakukan
    sebarang salah laku yang membolehkan tindakan tatatertib diambil ke atasnya,
    agensi peminjam boleh menamatkan peminjaman pegawai. Agensi pembekal
    boleh meminta agensi peminjam membuat laporan dan memberikan bukti atau
    saksi mengenai salah laku pegawai (jika perlu);
    xiv) Agensi pembekal, agensi peminjam atau pegawai boleh memohon menamat
    atau memendekkan tempoh peminjaman pegawai dengan memberi 30 hari notis
    atau tempoh yang sesuai (bagi pegawai yang dipinjamkan ke agensi swasta dan
    antarabangsa). Tempoh notis boleh dipendekkan dengan persetujuan agensi
    pembekal, agensi peminjam atau pegawai; dan
    xv) Apabila kembali ke perkhidmatan hakiki, pegawai akan menerima gaji, elaun dan
    kemudahan di perkhidmatan hakiki, seolah-olah pegawai tidak pernah
    dipinjamkan. Pegawai tidak berhak menuntut supaya insentif peminjaman
    dikekalkan atau dibawa ke perkhidmatan hakiki.

    Emolumen bulanan yang layak dibayar kepada Datuk Bandar dan Yang Dipertua di PBT
    Negeri Selangor adalah seperti berikut:
    Bil. PBT Gred Gaji Pokok
    (RM) P1T1
    Elaun
    (RM)
    Keseluruhan
    (RM)
    1. MBSA
    VU7 6,595.99 5,300.00 11,895.99
    2. MBPJ
    3. MPK
    4. MPSJ
    5. MPAJ
    6. MPS
    7. MPK
    8. MPSp 54 5,253.91 2,000.00 7,253.91
    9. MDKL
    10. MDHS 52/48 4,981.18 1,600.00 6,581.18
    11. MDKS
    12. MDSB
    Nota: semua jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT adalah Jawatan Terbuka.
    Pengukuran prestasi PBT di Negeri Selangor dipantau melalui pelaksanaan Sistem Kad
    Prestasi (Balanced Scorecard) yang diuruskan secara berpusat oleh Bahagian
    Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ringkasan elemen-elemen
    prestasi yang diambil kira dalam pelaksanaan sistem ini diperincikan di Lampiran A.

    LAMPIRAN A
    SISTEM KAD PRESTASI
    PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
    BIL ASPEK PENGUKURAN UTAMA TEMPOH
    CUSTOMER PERSPECTIVE
    1. Pelaksanaan Dasar Dua Minggu
    1.1) Peratusan aduan diberi maklumbalas dalam 10 Hari
    Jum aduan yang diterima
    Bil aduan yang diberi maklum balas dalam 2 minggu
    1.2) Peratus aduan diselesaikan dalam 2 minggu
    Jum aduan diterima
    Bil aduan diselesaikan dalam 2 minggu
    1.3) Peratus kepuasan pelanggan
    Jumlah pelanggan yang menilai
    Jumlah yang menilai memuaskan
    1.4) Peratus permohonan perkhidmatan yang diberi
    maklumbalas 10 hari
    Jumlah permohonan perkhidmatan yang diterima
    Bil permohonan perkhidmatan yang diberi
    Maklumbalas dalam 10 hari
    Bulanan
    Bulanan
    Bulanan
    Bulanan
    2. Kepuasan Pelanggan
    2.1) Peratus aduan diberi maklumbalas dalam tempoh
    10 hari
    Jumlah aduan diterima
    Bil. aduan yang diberi maklumbalas dalam tempoh
    10 hari
    2.2) Peratus aduan diselesaikan dalam tempoh 2 minggu
    Jumlah aduan diterima
    Bil. aduan diselesaikan dalam tempoh 2 minggu
    Bulanan
    Bulanan
    FINANCIAL PERSPECTIVE
    3. Pembayaran Bil
    3.1) Peratus pembayaran kepada pembekal dlm tempoh
    2 minggu
    Jum invoice yang diterima
    Bil pembayaran invoice kepada pembekal dlm tempoh
    2 minggu
    Bulanan
    4. Kutipan Hasil
    4.1) Peratus kutipan hasil cukai semasa vs sasaran
    Sasaran
    Jum kutipan hasil semasa
    4.2) Peratus kutipan tunggakan cukai hasil
    Sasaran
    Jum kutipan tunggakan hasil
    4.3) Peratus kutipan hasil bukan cukai – Lesen
    Sasaran
    Jum kutipan hasil bukan cukai – lesen
    Tahunan
    Tahunan
    Tahunan
    INTERNAL PROCESS PERSPECTIVE
    5. Back To Basic
    5.1) Peratus tindakan penyelenggaraan jalan selesai
    dalam tempoh 14 hari
    Jum aduan kerosakan jalan yang diterima
    Bil tindakan penyelenggaraan jalan selesai dalam
    tempoh 14 hari
    5.2) Peratus tindakan pembaikan longkang/parit selesai
    dalam tempoh 14 hari
    Jum aduan longkang/parit yang diterima
    Bil tindakan pembaikan selesai dalam tempoh 14 hari
    5.3) Peratus kutipan sampah mengikut jadual
    Jum aduan sampah yang diterima
    Bil kutipan sampah selesai mengikut jadual
    5.4) Peratus tindakan pembaikan lampu selesai dlm
    tempoh 14 hari
    Bulanan
    Bulanan
    Bulanan
    Bulanan
    Jum aduan kerosakan lampu yang diterima
    Bil tindakan pembaikan lampu selesai dalam tempoh
    14 hari
    5.5) Peratus tindakan pemotongan rumput selesai dlm
    tempoh 14 hari
    Jum aduan rumput yang diterima
    Bil tindakan pembaikan rumput selesai dalam tempoh
    14 hari
    Bulanan
    6. Program Pemutihan
    6.1) Jumlah setinggan selesai
    Sasaran
    Bil setinggan selesai
    6.2) Jumlah gerai tanpa kebenaran selesai
    Sasaran
    Bil gerai tanpa kebenaran selesai
    Tahunan
    Tahunan
    7. Permohonan Cadangan Pemajuan
    7.1) Peratus permohonan pemajuan diselesaikan dalam
    tempoh ditetapkan (mengikut bilangan permohonan
    yang matang dalam bulan semasa)
    Jum permohonan kelulusan pemajuan yang lengkap
    Bil kelulusan diberi dalam tempoh ditetapkan (JKB-3
    bulan, BKJ-4 bulan)
    7.2) Peratus CFO dikeluarkan dalam tempoh ditetapkan
    (2 minggu)
    Jum permohonan CFO yang lengkap
    Bil CFO dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu
    Tahunan
    Bulanan
    8. Kempen Tanam Pokok
    8.1) Jumlah pokok ditanam Tahunan
    9. Premis Bersih
    9.1) Peratus premis makanan bersih
    Jumlah premis makanan yang dinilai
    Bil premis makanan yang diterima bersih
    Bulanan
    9.2) Peratus tandas awam bersih
    Jumlah tandas awam
    Bil tandas awam yang diterima bersih
    Bulanan
    10. Indeks Kecekapan Produktiviti
    10.1) Tahap pematuhan terhadap Akujanji Produktiviti
    10.2) Peratus program Local Agenda (LA) 21 yang
    dilaksanakan
    Bilangan program yang dirancang
    Bilangan program yang dilaksana
    10.3) Peratus pelaksanaan 23 langkah bandar selamat di
    premis PBT
    Bilangan program yang dirancang
    Bilangan program yang dilaksanakan
    Tahunan
    Bulanan
    Bulanan
    LEARNING & GROWTH PERSPECTIVE
    11. Budaya Kerja Cemerlang
    11.1) Peratus wargakerja yang menghadiri kursus
    sekurang-kurangnya 7 hari setahun
    Jum warga kerja yang layak menghadiri kursus
    Bil warga kerja yang menghadiri kursus sekurangkurangnya
    7 hari setahun
    Tahunan

Lampiran

Tiada Lampiran.