Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

77) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan proses pelantikan ahli majlis.

    Berkenaan dengan soalan yang melibatkan pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa
    Tempatan Selangor, saya akan memaklumkan bahawa proses yang digunapakai dari
    peringkat awal oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut iaitu:
    i) Penerimaan senarai calon daripada Parti Politik dan permohonan daripda NGO
    dan orang ramai:
    ii) Senarai calong-calong akan dinilai dan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang
    dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Tempatan.
    iii) Senarai yang terpilih akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan
    Negeri Selangor (MMKN) untuk dipersetujui:
    iv) Surat Pelantikan dikeluarkan kepada senarai calon yang disahkan oleh MMKN;
    v) Menghantar senarai nama Ahli Majlis yang gagal melepasi tapisan akan
    ditamatkan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan calon baru melalui
    proses pemilihan yang sama.
    vi) Mana-mana Ahli Majlis yang gagal melepasi tapisan akan ditamatkan
    perkhidmatan mereka dan digantikan dengan calong baru melalui proses
    pemilihan yang sama.
    Bagi masa akan datang, semua calong yang terpilih sebagai Ahli Majlis perlu membuat
    perakuan status masing-masing.

  2. Bagaimanakah prestasi ahli majlis ini akan dinilai dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka jika prestasi mereka tidak memuaskan?

    Setiap Ahli Majlis PBT akan dinilai prestasinya oleh Datuk Bandar / Yang Dipertua Majlis
    dengan mengguna pakai borang prestasi yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri
    berdasarkan aspek-aspek seperti kehadiran Ahli Majlis ke Mesyuarat di PBT akan
    keaktifan seseorang Ahli Majlis dalam menghubungkan di antara Pihak Berkuasa
    Tempatan dengan penduduk setempat.
    Pihak PBT kemudiannya akan mengemukakan prestasi Ahli-ahli Majlis berkenaan
    kepada Kerajaan Negeri untuk makluman dan tindakan. Sekiranya prestasi seseorang
    Ahli Majlis itu tidak memuaskan, Kerajaan Negeri akan menilai dan menimbang sama
    ada perkhidmatan mereka akan disambung ataupun tidak.

  3. Nyatakan tindakan yang akan diambil bagi memastikan proses pelantikan adalah lebih telus

    Merujuk kepada soalan seterusnya dibangkitkan oleh Y.B. Subang Jaya mengenai
    ketelusan pelantikan Ahli Majlis, Kerajaan Negeri bersetuju dan telah pun menubuhkan
    Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Tempatan dan
    dianggotai semua wakil-wakil parti komponen Pakatan Rakyat bagi memastikan proses
    pelantikan Ahli Majlis lebih telus dan seimbang.

Lampiran

Tiada Lampiran.