Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

167) PELANTIKAN AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah tempat kosong Ahli Majlis yang belum diisi sehingga hari ini?

    Terdapat  tujuh (7) kekosongan Ahli Majlis yang belum diisi di PBT-PBT seperti berikut:

    PBT KEKOSONGAN
    MBSA 1
    MPK 1
    MPAJ 1
    MPSJ 1
    MDKL 1
    MPSp 1
    MDHS 1
    JUMLAH 7

     

  2. Apakah sebab calon ahli majlis seperti Dr Abdul Aziz belum terima surat watikah dilantik sebagai ahli majlis?

    Pelantikan Dr. Abdul Aziz Bin Bari sebagai ahli majlis, perlu dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Lembaga Universiti tersebut memandangkan beliau merupakan seorang pensyarah universiti.

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor untuk zon-zon yang belum ada ahli majlis sehingga masa kini?

    Bagi zon-zon yang belum diisi PBT boleh melantik mana-mana Ahli Majlis PBT tersebut untuk menjadikan zon-zon terlibat sebagai zon angkat dengan bayaran elaun tanggung kerja tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan PBT masing-masing. Perkara ini telah diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil 6/2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.