Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

102) PELANGGARAN PKP KETIKA MENGHADAPI WABAK COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kes-kes pelanggaran peraturan yang berlaku sepanjang PKP di kalangan? (a) Orang awam (b) Wargakerja Kerajaan Negeri dan PBT (c) Pelajar-pelajar sekolah dan IPT di Selangor

    Perlanggaran PKP ketika menghadapi wabak Covid-19 mulai tarikh 18 Mac 2020 hingga 12 Oktober 2020.

    1. Orang Awam

    i) Tindakan tangkapan.
    Sejumlah 3436 tangkapan telah dilakukan sepanjang tempoh PKP berlangsung. Pecahan tangkapan terdiri daripada:-

    Melayu – 1270 orang
    Cina – 447 orang
    India – 1719 orang

    ii) Pertuduhan
    – Sejumlah 1441 kertas siasatan telah dibuka. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1272 kertas siasatan telah diambil tindakan pertuduhan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan juga di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawal Penyakit Berjangkit 2020.

    – Sejumlah 146 kertas siasatan telah mendapat arahan NFA (No Futher Action) atas kajian dan keputusan oleh Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan hasil siasatan.

    – Baki 23 kertas siasatan masih dalam tindakan bagi dilengkapkan.

    iii) Kompaun
    Sepanjang tempoh yang sama, sejumlah 7362 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan perlanggaran SOP PKP.

    2. Wargakerja Kerajaan Negeri dan PBT

    i) Tindakan.
    – Dua tangkapan telah dibuat melibatkan warga kerja Kerajaan Negeri dan PBT iaitu daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya.

    ii) Pertuduhan.
    – Satu kertas siasatan telah dibuat pertuduhan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawal Penyakit Berjangkit 2020.

    Hukuman.
    – Denda RM500.00. Denda dibayar.

    – Manakala satu kertas siasatan telah mendapat arahan NFA (No Futher Action) atas kajian dan keputusan oleh Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan hasil siasatan.

    3. Pelajar-pelajar sekolah dan IPT di Selangor

    Sepanjang tempoh PKP, sejumlah 81 tangkapan telah dilakukan. Pecahan terdiri daripada 49 orang pelajar dan 32 orang penuntut IPT.

    i) Tindakan
    Sejumlah 48 kertas siasatan telah dibuat berkaitan perlanggaran PKP yang melibatkan pelajar serta penuntut IPT.

    ii) Pertuduhan
    – Sejumlah 45 kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan dibuat di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pengawal Penyakit Berjangkit 2020.

    – Manakala baki 3 kertas siasatan telah mendapat arahan NFA (No Futher Action) atas kajian dan keputusan oleh Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan hasil siasatan.

    iii) Hukuman
    – Kadar denda RM300.00 hingga ke RM1,000.00 telah dikenakan kepada setiap tertuduh. Kesemua denda telah dibayar.

Lampiran

Tiada Lampiran.