Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

71) PELANGGAN DOMESTIK AIR SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah dan peratusan pelanggan domestik yang telah mendaftar e-bil.

    Sehingga 31 Oktober 2021, sejumlah 1,238,314 akaun pelanggan Air Selangor iaitu bersamaan 49% dari 2,544,196 jumlah keseluruhan akaun pelanggan telah mendaftar e-Bil. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,055,672 atau bersamaan 85% adalah akaun domestik.

  2. Nyatakan jumlah dan peratusan pelanggan domestik yang menerima Skim Air Darul Ehsan (SADE).

    Sehingga 31 Oktober 2021, jumlah penerima SADE adalah sebanyak 287,181 penerima dari jumlah yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 620,000 bersamaan 46%.

  3. Apakah peratusan penerima SADE juga mendaftar e-bil? Apakah galakan untuk mereka mendaftar e-bil?

    Penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang telah mendaftar e-bil adalah 43% atau bersamaan 124,864 akaun daripada keseluruhan 287,181 akaun domestik yang menerima SADE.

     

    Antara galakan yang dilakukan oleh Air Selangor untuk meningkatkan pendaftaran e-Bil dikalangan penerima SADE adalah:

     

    1. Menganjurkan program dan aktiviti penerangan bersama-sama dengan wakil-wakil penduduk, wakil-wakil komuniti masyarakat setempat dan wakil-wakil Industri Negeri Selangor bagi menggalakkan para pelanggan Air Selangor mendaftar e-Bil.
    2. Promosi pendaftaran e-Bil secara aktif di media sosial Air Selangor seperti Facebook & Twitter.
    3. Insentif-insentif yang boleh melonjakkan pendaftaran e-Bil sedang dikaji oleh Air Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.