Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

25) PELANCONGAN TEMPATAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhasrat membangunkan pelancongan tempatan dengan menjadikan pasar awam dan pasar malam tempat tarikan pelancongan?

    Jawapan a & b dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk terus membangunkan pelancongan tempatan dengan menjadikan pasar awam dan pasar malam tempat tarikan pelancongan. Potensi produk pelancongan seumpama ini telah pun diangkat dan dipormosikan di bawah segmentasi pelancongan makanan dan gastronomi. Pihak Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor sememangnya sedang giat mempromosikan bersama-sama inisiatif Kerajaan Negeri yang lain seperti Platform Selangor (PLATS), PLATS adalah sebuah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor. Inisiatif ini telah digerakkan secara aktif bukan sahaja dalam usaha membantu penjaja, tetapi menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu kawasan persinggahan para pelancong yang ingin mendapatkan dan merasai makanan berkonsepkan ‘street food’ yang ada di Negeri Selangor.

    Bagi strategi penaiktarafan pasar-pasar ini, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang dalam proses merancang penyusunan semula lokasi pasar malam sedia ada supaya lokasi-lokasi pasar malam tersebut adalah lebih strategik dan tidak mengganggu lalulintas dan keselesaan penduduk kediaman yang berhampiran. Pasar awam dan pasar malam mini sebagai permulaan dan pengenalan, agensi-agensi pelancongan negeri sering membawa pelancong luar terutamanya pelancong asing ke pasar malam yang bersesuaian. Maka, isu kesesakan, kebersihan, keselesaan dan tempat letak kereta merupakan perkara yang perlu difokuskan untuk menjadikan pasar malam di negeri ini supaya menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menarik.

    Seterusnya, kerjasama agensi-agensi kerajaan amat penting bagi memastikan pasar-pasar malam dalam negeri Selangor yang berpotensi untuk dipromosikan sebagai lokasi mesti lawat dimasukkan didalam peta pelancongan berasaskan makanan (gastronomi).

  2. Jika ada, apakah strategi kerajaan untuk penaiktarafan pasar-pasar ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.