Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
376) PELANCONGAN SERI KEMBANGAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program pelancongan yang dirancang di kawasan Seri Kembangan atau berhampiran demi sempena Tahun Melawat Selangor 2025?
Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa acara pelancongan telah dirancang di kawasan Seri Kembangan dan sekitarnya sempena Tahun Melawat Selangor 2025 seperti berikut:
- Program Ronda Dulu Subang Jaya (kawasan Seri Kembangan);
- Program Sentuhan Seni Tasik Seri Serdang;
- Hari Tanpa Kenderaan MBSJ 2025 (kawasan Seri Kembangan);
- Happiness City Serdang dan Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 (kawasan Seri Kembangan);
- Program Let’s Dance in Serdang;
- Bazar Tahun Baru Cina Seri Kembangan;
- Program Formasi Waja Diri Serdang Jaya; dan
- Program Wudong Serdang.