Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
177) PELANCONGAN PULAU KETAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk membangunkan pelancongan Pulau Ketam yang satu-satunya pulau di Selangor dapat dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia dan dunia?
Majlis Bandaraya Diraja Klang sentiasa mempromosikan Pulau Ketam sebagai destinasi eco -pelancongan di daerah Klang.
-
Jika ya, nyatakan cadangan-cadangan atau jika tidak, nyatakan sebab-sebab.
Antara program-program yang telah dilaksanakan bagi mempromosikan Pulau Ketam sebagai salah satu destinasi pelancongan adalah seperti berikut :
- Famtrip Jom Ke Pulau Ketam 2023
- Pertandingan Video Pendek Jom Ke Pulau Ketam 2023
- Pertandingan Fotografi Pelancongan Daerah Klang 2023
- Program Sukarelawan Pelancongan Voluntourism @Pulau Ketam 2024
Selain itu, Pihak Majlis telah menyediakan papan informasi pelancongan di Pulau Ketam di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang pada tahun 2024.