Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

291) PELANCONGAN PENDIDIKAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah lambakan kolej-kolej swasta di negeri Selangor membantu menambahkan jumlah pelancongan di negeri ini?

    Selangor boleh dikatakan sebagai hub pendidikan bagi Malaysia, kerana kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam,  utama di Malaysia berada dalam negeri Selangor seperti berikut :

    INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM LOKASI / DAERAH
    Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) Gombak
    Universiti Teknologi Mara ( UITM ) Shah Alam
    Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Bangi
    Universiti Putra Malaysia ( UPM ) Serdang
    Universiti Malaya ( UM ) Petaling Jaya
    Kolej Universiti Islam ( KUIS ) Bangi
    Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam
    Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam
    Darul Quran Hulu Selangor

    Selain daripada terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta kolejkolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus dan fakulti pengajian untuk para pelajar daripada seluruh negara melanjutkan pelajaran mereka . Berikut adalah IPTS yang popular terletak di negeri Selangor.

    INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA LOKASI / DAERAH
    Universiti Selangor ( UNISEL ) Bestari Jaya / Shah Alam
    Management And Science Universiti ( MSU) Shah Alam
    Multimedia Universiti ( MMU ) Cyberjaya
    Lim Kok Wing Universiti Cyberjaya
    Taylors Kolej And Universiti Subang Jaya
    Sunway Kolej And Universiti Subang Jaya
    Monash Universiti Subang Jaya
    Metropolitan Kolej And Universiti Subang Jaya
    Segi Kolej Kota Damansara
    MAHSA Kolej Kajang
    Rangkaian UNIKL Gombak / Kajang
    GMI French Institut Bangi
    Univeristi TNB ( UNITEN ) Bangi
    Universiti Tunku Abdul Rahman ( UTTAR ) Petaling Jaya
    Kolej PTPL Shah Alam

    Selain daripada terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta kolejkolej swasta yang menawarkan perlbagai kursus dan fakulti pengajian untuk para pelajar daripada seluruh negara melanjutkan pelajaran mereka .

    Tourism Selangor juga semakin giat mengadakan kerjasama bersama dengan universiti di Selangor terutamanya bersama UNISEL mengadakan promosi di dalam dan luar negara antaranya ialah :

    1. Taranasa Travel Fair, Filipina 2011
    2. Roadshow Selangor Shines, Indonesia (Riau, Pekan Baru, Medan) 2012
    3. Roadshow Selangor Shines, Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan ) 2012 iv. Roadshow Selangor Shines, Kuching dan Miri 2013

     

  2. Berapakah anggaran ketibaan pelancong dari pelancongan pendidikan?

    Pelancongan pendidikan juga dapat menarik lebih ramai pelajar asing, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kedatangan pelancong dan mempertingkatkan ekonomi negeri Selangor.  Selain itu, pelajar ini turut menjadi duta kecil industri pendidikan di Selangor  dengan berkongsi cerita pengalaman manis mereka sewaktu menuntut ilmu di Selangor.  Secara tidak langsung, duta kecil ini membantu mempromosi dan menwar-warkan tarikan produk pelancongan yang terdapat di negeri Selangor dengan kedatangan lebih ramai rakan taulan dan keluarga ke Selangor khasnya dan ke Malaysia amnya.

    Walau bagaimanapun selain pelajar tempatan, terdapat juga ramai  pelajar antarabangsa dari luar negara yang melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia. Berikut adalah pecahan pelajar dari luar negara yang tertinggi melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia.

    Bil Rantau   Negara
    1. Asean i. Indonesia
        ii. Thailand
        iii. Brunei
        iv. Filipina
        v. Vietnam
    2. Asia i. Bangladesh
        ii. China
        iii. India
        iv. Pakistan
    3. Timur Tengah / Arab i. Iran
        ii. Iraq
        iii. Yemen
        iv. Arab Saudi
        v. Jordan
    4. Negara Afrika i. Bostwana
        ii. Libya
        iii. Maldives
        iv. Nigeria
        v. Somalia
        vi. Sudan

    Berikut adalah jumlah pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di IPTS di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2013.

    IPTS Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan Jumlah
    Universiti 11,324 5,270 16,594
    Kampus Cawangan 1,500 1,077 2,577
    Kolej

    Universiti

    947 1,288 2,235
    Kolej 3,407 2,189 5,596
    Jumlah 17,178 9,824 27,002

    (*Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi)

Lampiran

Tiada Lampiran.