Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

89) PELANCONGAN PANTAI REMIS

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan pembangunan untuk meningkatkan lagi prasarana di sekitar Pantai Remis yang merupakan salah satu lokasi Pantai Rekreasi di dalam Negeri Selangor?

    Pelan jangka panjang bagi pembangunan kawasan pelancongan Pantai Remis telah disediakan mulai tahun 2012 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 4 juta meliputi Fasa 1, 2, 3 dan 4.

     

    Sehingga kini beberapa projek infrastruktur dan kemudahan rekreasi seperti menaiktaraf jalan, saliran, taman permainan kanak-kanak, pusat penjaja, medan selera, tempat letak kereta, tandas, gelanggang bola tampar pantai, pintu gerbang dan menaiktaraf sistem pencahayaan telah disiapkan dan beroperasi. (Fasa 1 dan 2).

     

    Pihak MPKS juga sedang merancang pelan pembangunan bagi Fasa 3 dan 4 untuk pelaksanaan mulai tahun 2022.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.