Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

199) PELANCONGAN INDUSTRI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan atau insentif yang boleh disalurkan kepada pihak-pihak yang berniat untuk membangunkan pelancongan perindustrian terutamanya di kawasan Balakong?

    Kebiasaannya mana-mana kawasan pelancongan di bawah pentadbiran MPKj yang mempunyai kelulusan yang sah untuk beroperasi, pihak MPKj akan membantu dari segi mempromosikan kawasan tersebut samada melalui risalah, laman sesawang MPKj atau menjalankan apa-apa aktiviti yang bersesuaian dengan promosi pelancongan.

    Bantuan atau insentif yang boleh disalurkan kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangunkan pelancongan industri adalah seperti berikut:

     

    • Membantu menjayakan promosi industri pelancongan berdasarkan sumber ekonomi daya kawasan setempat.
    • Membantu penguasaha kilang untuk mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Memastikan program pembangunan seperti infrastruktur dilaksanakan untuk menarik dan memenuhi kehendak pelabur.
    • Mewujudkan pusat informasi yang berfungsi sebagai tempat rujukan bagi para pelabur mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat.
    • Menggalakkan penguasaha kilang terbabit terlibat dengan program pelancongan perindustrian.
    • Membantu para pelabur berkaitan hal-hal perusahaan mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.