Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

324) PELANCONGAN HULU BERNAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri melalui PBT dalam usaha merancakkan ekonomi di kawasan Hulu Bernam terutamanya dalam industri pelancongan bagi tahun 2010 hingga sekarang?

    TSSB

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Tourism Selangor akan mewujudkan Hos Komuniti Setempat Selangor (HKSS) bagi tujuan membawa pelancong ke produk-produk tempatan melalui program Pelancongan berlandaskan Komuniti (Community Based Tourism).

    Usaha bagi merancakkan ekonomi di kawasan Hulu Bernam adalah seperti berikut:-

    1. Mencari produk-produk baru di kawasan Hulu Bernam untuk diketengahkan kepada orang awam dan pelancong. Antara produk yang dapat dikenalpasti adalah seperti tempat makanan, kawasan rekreasi, dan produk-produk IKS.
    2. Mewujudkan Rakan Strategik Pelancongan Daerah (RSPD) bagi tujuan mengiktiraf produk dan bakat masyarakat daerah Hulu Selangor dan menjadikan mereka rakan strategik Pelancongan Daerah Hulu Selangor.
    3. Beberapa inap dusun yang sedang menjalani program P3S, iaitu proses pemurnian pelancongan dibawah seliaan Majlis Daerah Hulu Selangor.
    4. Penyertaan dan meningkatkan program promosi pelancongan bersama Tourism Selangor untuk mempromosikan produk pelancongan di kawasan Hulu Bernam seperti penglibatan dalam kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ dan ‘Splendid Selangor’.

      MPHS

      Berikut adalah usaha merancakkan ekonomi di kawasan Hulu Bernam terutamanya dalam industri pelancongan bagi tahun 2010 hingga sekarang :-

      1. Mewujudkan Rakan Strategik Pelancongan Daerah (RSPD) bagi tujuan mengiktiraf produk dan bakat masyarakat di daerah Hulu Selangor dan menjadikan mereka rakan strategik Pelancongan Daerah – (PBT)

       

      1. Mencari produk-produk baru di kawasan Hulu Bernam untuk diketengahkan kepada orang awam dan pelancong. Antara produk yang dapat dikenal pasti adalah makanan, kawasan rekreasi, produk IKS – (PBT)

       

      1. Pihak MPHS bekerjasama dengan pihak Tourism Selangor dan Tourism Malaysia di dalam mempromosikan tempat – tempat menarik di Daerah Hulu Selangor khasnya dan Kawasan Hulu Bernam amnya. Promosi – promosi berkenaan tidak hanya di dalam Malaysia melalui pameran – pameran pelancongan seperti Matta Travel Fair, juga di luar negara Bersama pihak Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia.

       

      1. Dari aspek Pembangunan; pihak MPHS telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Premis Pelancongan Inap Dusun bagi membolehkan pengusaha – pengusaha tempat pelancongan di Kawasan Hulu Bernam amnya seperti Teratak Riverview, Kalumpang Resort, Nahara Resort dan lain – lain mendapat kelulusan dan lesen perniagaan dari pihak MPHS supaya aktiviti pelancongan yang dijalankan selamat kepada pengunjung.

Lampiran

Tiada Lampiran.